Monday, October 31, 2011

Sejarah Ole Gunnar Solskjaer 'the baby-faced assassin' - Siri 1.

Solskjær bersama Ferguson pada 1999
     Selepas menjaringkan 31 gol daripada 38 perlawanan dengan Molde dalam Liga Perdana Norway, beberapa kelab luar termasuk Hamburger SV dari Jerman dan kelab Itali Cagliari menunjukan minat, pengurus Åge Hareide sedia menjual Solskjær kepada  Everton dan kelab lamanya Manchester City untuk £1.2 juta.

     Walaubagaimanapun, Everton mahupun City masing-masing tidak mahu mengambil risiko ke atas Solskjær, dan minat daripada Hamburg dan Cagliari tidak menunjukan perkembangan seterusnya selepas  Manchester United membida £1.5 juta semasa Euro 1996 di England sedang berlangsung. Molde menerima bidaan tersebut dan pada 29 Julai 1996 beliau menandatangani kontrak bersama United.  

          Ia merupakan satu kejutan pada masa itu kerana beliau belum dikenali sama sekali diluar negaranya dan pada masa itu juga United sedang cuba mendapatkan penyerang Blackburn Rovers dan England Alan Shearer, yang kemudiannya menyertai Newcastle United untuk rekod perpindahan dunia £15 juta.

Solskjær bersama Molde
      Solskjær memulakan karier bolasepak bersama Clausenengen dan mempamerkan aksi cemerlang ketika kejohanan Otta Cup, baru berusia 17 tahun namun menjaringkan 17 gol dalam enam perlawanan. Beliau kemudian menyertai Molde 1995 dan menjaringkan 20 gol pada musim pertamanya dalam Liga Perdana Norway.

     Pada musim 1996/97, Solskjær adalah penyerang tunggal yang dibeli Ferguson, ramai menjangka beliau akan menjadi penyerang gantian kepada Eric Cantona dan Andy Cole dan sekali sekala akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Namun dalam tempoh hanya beberapa minggu selepas ketibaannya, ia semakin jelas bahawa beliau bakal memainkan peranan penting dalam pasukan utama lebih awal daripada jangkaan. Beliau juga membuktikan beliau adalah pembelian terhebat dalam Liga Perdana musim itu.

     Beliau diberikan jersi nombor 20, nombor pasukan yang dipakainya sepanjang karier di Old Trafford. Solskjær menjaringkan gol selepas enam minit pada penampilan pertamanya sebagai pemain gantian ketika menentang Blackburn Rovers. Solskjær menjaringkan keseluruhan 18 gol dalam liga buat United dalam musim pertamanya, membantu United merangkul gelaran liga musim itu. Media Britain memberi jolokan  "Baby-Faced Assassin" kepada beliau kerana gabungan rupa keanakkan dan penyudah berbisa beliau.

Solskjær menjaringkan 4 gol menentang Forest
Beliau bagaimanapun akan sentiasa dikenang sebagai super sub terbaik, dengan tabiat yang mengagumkan untuk bermain lewat perlawanan sebagai gantian dan menjaringkan gol. Sir Alex Ferguson menyatakan yang Solskjær akan duduk dibangku simpanan dan mengkaji permainan tanpa terlepas setiap aksi atas padang. 

     Satu daripadanya adalah ketika masuk sebagai pemain gantian dengan perlawanan berbaki 12 minit, dan menjaringkan empat ketika United membelasah Nottingham Forest 8-1. Beliau sekali lagi menjaringkan empat gol musim berikutnya ketika menewaskan Everton 5–1.

Champions League 1999
     Solskjær kekal di Old Trafford walaupun beberapa kelab menunjukan minat pada tahun 1998. Beliau juga enggan menerima tawaran Tottenham Hotspur, selepas Manchester United menerima tawaran bidaan keatas beliau. Pemain Norway itu seterusnya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Champions League 1999 dan sekaligus diangkat kepada status lagenda, membantu United bergelar juara Treble.

     Detik manis lain karier Solskjær di United adalah ketika babak akhir perlawanan liga menentang Newcastle United pada 1998. Perlawanan terikat pada kedudukan 1–1, dan United perlu sekurang-kurangnya seri untuk terus bersaing dengan Arsenal dalam perebutan gelaran liga. Perlawanan yang hampir ke penghujung, pemain Newcastle Robert Lee berpeluang menjaringkan gol, berlari menuju ke gol United  dengan hanya penjaga gol United untuk ditewaskan, namun Solskjær berlari hampir keseluruhan padang dan membuat bentesan untuk menafikan Newcastle peluang gol kemenangan.

     Solskjær tahu akan kesan perbuatannya dan dibuang padang selepas itu dan digantung untuk perlawanan berikutnya. Para penyokong menganggap itu dalam contoh terbaik bagaimana Solskjær meletakan kelab mengatasi kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...