![]() |
Para pemain United meraikan kejuaraan 1956/57. |
United dengan barisan Busby Babes menjadi juara dua musim sebelumnya - 1955/56 dan 1956/57 dengan purata usia pasukan 21 tahun dan 22 tahun masing-masing - menjadi pilihan bergelar juara musim ini sekaligus mahu menyamai rekod gelaran hatrik oleh Huddersfield Town (1923 hingga 1926) dan Arsenal (1932 hingga 1935).
Dalam saingan piala domestik United tewas kepada Aston Villa 2-1 pada perlawanan Piala FA musim sebelumnya dan berazam mendapatkannya musim ini. Begitu juga dalam saingan Piala Eropah, langkah United terhenti di peringkat separuh akhir apabila tewas agregat 5-3 kepada penyandang juara Real Madrid.
Banyak pihak terutama media mencadangkan United di bawah pengurus Sir Matt Busby akan dengan mudah menyapu bersih kesemua trofi yang ada, dan buat pertama kalinya perkataan 'Trebel' mula diperkatakan.
Perlawanan pertama musim United berkunjung ke Leicester City dan menang 3-0. Mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan liga berikutnya sebelum tewas 4-0 kepada Bolton di Burnden Park. Sementara pasukan Wolves sungguhpun tewas pada perlawanan pembukaan kepada Everton namun mereka mengekalkan kecemerlangan dengan tanpa kalah sejak pertengahan September hingga Krismas, termasuk menewaskan United 3-1 di Molineux.
Nasib berbeza menimpa United apabila mereka sudah mencatat tujuh kekalahan menjelang Krismas. Ini diambil kesempatan Wolves untuk mendahului liga dengan 37 mata manakala United tujuh mata di belakang. Dengan komitmen berbeza, United mempunyai kejohanan Eropah, liga dan Piala FA sementara Wolves hanya liga dan Piala FA, ia jelas menjadi faktor penentu persaingan takhta liga musim ini.
![]() |
Tragedi Munich kekal sebagai sejarah hitam United |
Sementara pemain lain seperti Bill Foulkes, Harry Gregg, Bobby Charlton, Dennis Viollet, Albert Scanlon dan Ken Morgan terselamat termasuk Sir Matt Busby, dan terus bermain hingga tamat musim. Hanya dua pemain Johnny Berry dan Jackie Blanchflower tidak lagi bermain selepas tragedi tersebut.
Hasil semangat kental baki pemain yang ada United meneruskan saingan. Mereka masih berjaya sampai ke perlawanan akhir Piala FA sebelum dikalahkan Bolton Wanderers 2-0 di Wembley. Bolton sebelum itu menyingkirkan Wolves dalam laluan untuk ke akhir.
Penjaga gol Wolves Malcolm Finlayson pemenang juara liga 1958 dan 1959 berkata dalam buku Peter Boyle, Caught in Time: Wolves 1958-59, Pioneers in Europe,
"Many say Manchester United would have won the championship in 1958 if not for the Munich air crash in February 1958. They were a great side, but even if the crash had never happened, they could not have caught us. Even after the disaster we didn’t drop enough points for that to happen."
Walaupun kehilangan lapan pemain utama dan dengan Sir Matt Busby melakukan pembinaan pasukan, musim berikutnya United dan Wolves keduanya bersaing merebut gelaran liga namun Wolves muncul juara dengan perbezaan lima mata dengan United tempat kedua.
No comments:
Post a Comment