Monday, March 19, 2012

Jonny Evans gembira dengan gol pertama buat Manchester United.

Evans meraikan gol pertama bersama Evra dan Welbeck.
     Jonny Evans mengakui beliau gembira dan lega apabila akhirnya berjaya menjaringkan gol buat Manchester United.

     Pertahanan tengah itu yang kini dalam prestasi cemerlang di posisi pertahanan namun berjaya membuka jaringan hasil sepakan sudut Wayne Rooney sekaligus memberi laluan kepada kemenangan 5-0 United di Wolves.

     Selepas melalui 118 perlawanan tanpa sebarang gol, beliau memberitahu MUTV: "Ya, ia bukan sesuatu yang sedap di dengar! Saya terlalu gembira dengan jaringan tersebut.

     "Michael Carrick memberikan saya peluang tersebut. Tidak mungkin saya merancang untuk meraikan gol. Saya terus berlari kegembiraan dan beberapa rakan pasukan ketawa dengan ekspresi yang saya tunjukkan. Ia kelegaan yang nyata dan sedikit terkejut sebenarnya. Saya akan simpan jersi hari ini dan ia sudah memadai buat saya."

     Evans juga memuji persembahan rakan sepasukan Antonio Valencia, yang mempamerkan aksi cemerlang di sebelah kanan sayap.

     "Beliau sangat hebat musim ini," Evan menambah. "Beliau amat luar biasa sebenarnya. Beliau seolah-olah memiliki segalanya.

     "Beliau kembali mungkin sedikit awal kerana beliau terlepas aksi selama lebih sebulan atau dua, namun beliau bekerja keras. Saya pasti beliau akan berusaha kekalkan prestasi tersebut."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...