![]() |
Valencia menjaringkan gol kedua United. |
Menuju wisel penamat perlawanan Ahad lalu, United telah lakukan lebih daripada merapatkan jurang mata. Mereka memiliki kelebihan empat gol dijaringkan namun dengan gol bolos melebihi City meletakkan mereka hanya kurang tiga untuk perbezaan gol. United menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana menjaringkan 70 gol setakat 29 perlawanan.
Walaupun prestasi jaringan Wayne Rooney yang menjadi bualan ramai namun aksi cemerlang Antonio Valencia berhak mendapat pujian yang sama. Pemain sayap Equador itu mencatat 11 assists (sepanjang musim ini), tiga gol dan tiga anugerah pemain terbaik perlawanan; menjadikan beliau kedua di belakang David Silva dalam carta pencipta gol.
Ferguson sendiri mengakui harapan United untuk menjulang gelaran liga ke 20 banyak bergantung kepada bahu Valencia sebagaimana Rooney dan Paul Scholes.
"Beliau mungkin sangat penting," tegas Ferguson. "Prestasi beliau sebelum mendapat kecederaan sangat hebat.
"Sekarang beliau kembali dan kami harap beliau kekal cergas. Beliau pemain yang jujur dan rajin bekerja. Anda dapat lihat dua watak Antonio. Beliau bersedia untuk bekerja keras. Beliau boleh lakukan bentesan, berlari, namun beliau juga boleh menewaskan lawan. Beliau memiliki kesemua itu sebenarnya."
Valencia sebagaimana Ferguson akui, hampir menjadi pemain lengkap. Ketika menentang Wolves, penyudah United di depan gol sangat cemerlang, namun kelangsungan bekas pemain Wigan memberikan dua assist dan memberikan tekanan kepada pasukan tuan rumah.
Sementara Nani menawarkan sumber kreatif kepada serangan namun sokongan yang diberikan kepada pertahanan masih boleh diperbaiki. Park Ji-Sung, selalunya diturunkan dalam perlawanan Eropah dilihat semakin hilang bisa.
Valencia, 26 tahun yang kembali daripada kecederaan pastinya akan membantu United untuk memberi tekanan kepada City. Rakan sepasukan akan terus menerima pujian namun tiada kesangsian bahawa dengan prestasi terkini, Valencia adalah pemain harapan United.
Statistik Antonio Valencia bersama Manchester United setakat ini.
Musim | 2009/10 | 2010/11 | 2011/12 |
---|---|---|---|
Kesebelasan utama | 37 | 15 | 20 |
Pemain gantian | 12 | 5 | 5 |
Gol dijaringkan | 7 | 3 | 4 |
Assist | 11 | 3 | 12 |
Percubaan | 49 | 11 | 17 |
Percubaan arah gol | 18 | 4 | 5 |
Kesalahan dilakukan | 58 | 27 | 40 |
Kesalahan dialami | 42 | 12 | 17 |
Kad kuning | 3 | 2 | 2 |
Kad merah | 0 | 0 | 0 |
No comments:
Post a Comment