Friday, March 16, 2012

Alex Ferguson - Athletic Bilbao berhak layak ke suku akhir Europa League.

Rooney dan Giggs.
     Sir Alex Ferguson berkata Manchester United tidak mempunyai sebarang rungutan berikutan tersingkir daripada Europa League di tangan Athletic Club.

     Pasukan La Liga itu menewaskan United dengan keputusan 5-3 secara agregat - 3-2 di Old Trafford, 2-1 di San Mames - untuk layak ke pusingan suku akhir dan menyingkirkan United buat kali kedua dalam kejohanan Eropah musim ini.

     "Terdapat pengajaran daripada setiap perlawanan bolasepak, samada menang atau kalah," Sir Alex memberitahu Channel 5. "Ia amat mengecewakan lebih daripada segalanya. Kami terkandas dalam Champions League dan sekarang tersingkir daripada Europa League. Saya rasa pasukan terbaik layak ke peringkat seterusnya. Saya tidak fikir tiada sebarang rungutan mengenainya."

     United berkunjung ke Bilbao dengan sasaran kemenangan 2-0 namun harapan tersebut musnah apabila Fernando Llorente melakukan volley untuk jaringan pertama pada minit ke 23. Gol tersebut yang bermula daripada bek kiri Athletic, dan ini mengecewakan Sir Alex terhadap pertahanannya.

     United, disingkirkan daripada saingan Eropah dan Piala FA, dan hanya memiliki saingan Liga Perdana. Walaupun sesetengah penyokong mungkin tidak mengutamakan Europa League berbanding Champions League, Sir Alex berkata tiada jaminan cabaran domestik United akan menjadi lebih mudah.

     Beliau menambah: "Jelas sekarang kami perlu memastikan kemenangan pada Ahad ini menentang Wolverhampton Wanderers. Kami mengambil keputusan untuk keluarkan Rio Ferdinand, Michael Carrick dan Ryan Giggs kerana kami perlu fikirkan perlawanan Ahad nanti."

     Sementara itu kapten pasukan Patrice Evra menegaskan United perlu menjuarai liga dengan baki 10 perlawanan atau boleh melupakan musim 2011/12 dan anggap ianya sebagai kegagalan.

     "Kelab besar seperti Manchester United sepatutnya mampu bersaing dalam semua kejohanan. Namun sekarang kami tiada pilihan lain selain menumpukan kepada liga," kata Evra. "Kami perlu menjuarai liga untuk selamatkan musim ini. Jika tidak, ia bakal menjadi musim terburuk kami."

     Evra juga tidak mampu menjelaskan bagaimana pasukan yang menerajui liga England gagal beraksi dengan baik di peringkat benua.

     "Kami tidak bermula dengan baik di Eropah musim ini - mungkin kami terlalu yakin ketika permulaan Champions League - dan inilah penamatnya. Kami tersingkir sekali lagi dan secara jujurnya kami tidak layak beraksi dalam Champions League atau Europa League."

1 comment:

  1. Tinggal 1 Piala lagi harapan musim ni.
    Rasa2 ni boleh dapat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...