Thursday, March 8, 2012

Paul Scholes dan Anderson cergas untuk berdepan Athletic Bilbao.

     Sir Alex Ferguson menjelaskan ketiadaan Paul Scholes semasa latihan terbuka semalam dan mendedahkan pemain veteran itu mungkin diturunkan menentang Athletic Bilbao.

     Anderson juga sedia untuk beraksi di bahagian midfield selepas berada di bangku simpanan di Tottenham dengan situasi kecederaan di United semakin baik. Anders Lindegaard telah kembali berlatih dan Tom Cleverley juga bersama pasukan utama di pusat latihan Carrington.

     "Kami beri cuti sehari kepada Paul," kata Ferguson semasa sidang media pra-perlawanan. "Kami rehatkan beliau. Beliau berlatih di dalam. Paul and Ryan (Giggs) tidak berlatih setiap hari. Kami berikan rehat pada hari-hari tertentu.

     "Cleverley juga kembali berlatih hari ini (Rabu) dengan pasukan utama. Beliau bersama fisio untuk beberapa hari dan kembali dengan sempurna. (Antonio) Valencia akan kembali pada hari Isnin. Kemudian, selain daripada Nemanja Vidic dan Darren Fletcher, kami telah mendapat hampir keseluruhan pasukan. Diharapkan situasi ini kekal hingga penghujung musim.

     "Anderson sebagai pemain simpanan Ahad lalu di Spurs. Beliau kembali dan cergas, berlatih dengan baik. Beliau akan diturunkan esok (Khamis). Ia berita baik untuk mendapat kembali pemain dengan kualiti seperti itu terutama dalam saingan merebut gelaran liga. Anders juga kembali berlatih. Beliau melakukan sedikit larian namun ia akan mengambil masa dua hingga tiga minggu sebelum dapat kembali.

     "Ia adalah waktu yang menarik di kelab. Kami mendapat keputusan yang hebat Ahad lalu. Jika kami punyai pasukan penuh, saya pasti ia akan membantu."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...