![]() |
Fernando Llorente (tengah) ketika menentang Locomotiv Moscow |
Kelab Sepanyol itu akan berkunjung ke Old Trafford untuk perlawanan pertama Khamis ini, kali pertama selepas tahun 1957. Bilbao menamatkan musim lalu di tangga keenam, 38 mata di belakang juara Barcelona, dan tahu mereka adalah 'underdogs'.
"Manchester (United) jelas, adalah pasukan pilihan. Mereka selalu beraksi dalam Champions League dan bersaing dengan pasukan seperti Barcelona dan Real Madrid," Llorente memberitahu Europa Press Association.
"Mereka adalah antara pasukan hebat dalam saingan Eropah dan kami masih baru. Rooney adalah ancaman sebenar. Beliau memiliki mentaliti yang bagus dan memberi inspirasi kepada rakan sepasukan.
"Saya jangkakan perlawanan yang menarik. Kami tidak sabar untuk bermain, dan cuba yang terbaik untuk mendapat keputusan diingini. Kami bermain dengan baik akhir-akhir ini dan mungkin mampu membuat kejutan."
Sementara itu rakan sepasukan Llorente, pemain midfield Ander Herrera menegaskan pasukannya akan turun untuk mencari kemenangan ke atas tuan rumah Manchester United dan bukan sekadar melengkapkan jadual perlawanan.
United merupakan salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Europa League selepas tersingkir daripada Champions League namun Herrera berikrar tidak akan memberikan laluan mudah buat tuan rumah melangkah ke suku akhir.
Beliau berkata: "Kami telah tunjukkan sepanjang musim bahawa Athletic tidak tahu apa-apa selain bermain untuk menang, dan kemudian, terdapat pelbagai keadaan dan perkara yang boleh berlaku semasa perlawanan.
"Ia adalah impian (setiap pemain) merealisasikan situasi unik sebegini sepanjang karier anda, dan anda mungkin mengalaminya sekali namun jelas kami mahu menang dan bukan sekadar melengkapkan jadual."
No comments:
Post a Comment