Wednesday, March 7, 2012

Gosip - Alex Ferguson berminat dapatkan pertahanan Vasco da Gama.

     Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson dilaporkan berminat untuk mendapatkan pertahanan tengah Vasco da Gama Dede dalam usaha memperkukuhkan benteng pasukannya.

     Dengan kebimbangan kecederaan kepada Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic, Ferguson telah mengenalpasti Dede dan mengarahkan Jaap Stam untuk melakukan sebarang urusan.

     Dede, 23 tahun, berasal dari kawasan yang sama dengan kembar Rafael dan Fabio di Rio de Janeiro, dijangka menjadi tunggak pertahanan pasukan kebangsaan Brazil apabila menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 nanti.

      Pemain pertahanan itu dikatakan prospek kedua terhangat di Brazil selepas penyerang Santos Neymar  dan mungkin melibatkan yuran perpindahan sebanyak £15 juta sekiranya beliau mahu berpindah ke Eropah.

     United bukanlah pasukan tunggal yang berminat malah difahamkan gergasi Portugal Benfica bersedia untuk bersaing. Benfica terkenal dengan tabiat mendapatkan bakat dari selatan Amerika dan ini terbukti dengan pemain midfield Nicolas Gaitan yang dibeli dari Boca Juniors, dan ironinya menjadi sasaran United.

     Laporan pemantauan bakat ke atas Dede menyebut beliau merupakan pertahananh tengah yang kuat dan bagus di udara. Ini merupakan ciri-ciri yang diperlukan dalam Liga Perdana dan United amat memerlukan pengganti kepada masalah kecederaan Vidic dan Ferdinand.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...