Thursday, March 8, 2012

Did you know - Johny Berry menjaringkan gol kemenangan menentang Athletic Bilbao di Old Trafford.

     John 'Johnny' Berry dikatakan terlalu kecil untuk menjadi pemain bolasepak maka dengan sebab itu beliau meninggalkan persekolahan untuk menjadi pekerja projektor pawagam selepas ditolak kemasukkan oleh pasukan tempatan.

     Bakat beliau hanya dikesan kapten Birmingham City pada masa itu, Fred Harris semasa bermain untuk pasukan tenteranya di India pada Perang Dunia Kedua.
    
     Pada tahun 1947, beliau memulakan karier  sebagai pemain amatur di Birmingham City sebelum menjadi professional dan beraksi cemerlang di St Andrews sebelum menyertai Manchester United pada 1951.

     Selepas menewaskan Anderlecht (termasuk kemenangan 10-0 di Maine Road) dan Borussia Dortmund, pasukan muda Sir Matt Busby dipertemukan dengan Athletic Bilbao, yang ditubuhkan pada 1898 oleh sekumpulan pendatang pelombong British dan pekerja limbungan kapal.

     Perlawanan diadakan di Maine Road disebabkan Old Trafford belum dilengkapi dengan lampu limpah. Suasana dalam stadium seperti suasana karnival dengan United mahu mara ke separuh akhir. Ironinya perlawanan ini berlangsung setahun sebelum Tragedi Munich.

     Menyedari ketinggalan secara agregat 3-5 daripada perlawanan pertama, United lebih menguasai perlawanan. Namun pada rehat separuh masa suasana kegembiraan masih kurang dengan hanya gol tunggal Dennis Viollet sebagai bukti usaha para pemain.

     Dalam buku My Manchester United Years, Sir Bobby Charlton – yang juga sebagai penonton pada perlawanan itu – mengimbau apa yang diperkatakan oleh Sir Matt Busby kepada para pemain dalam bilik persalinan semasa rehat.

     "The Old Man concealed any alarm he might have felt," Charlton menulis mengenai apa yang dikatakan oleh Sir Matt Busby.

     " 'Boys,’ he said, just as he would say so many times in my hearing, 'do not panic. Make your passes and do your running but above all keep your patience. If you can do that we will get there'."

     Tepat sekali apa yang diperkatakan Sir Matt Busby, namun kesabaran penonton semakin teruji. Kemudian 18 minit sebelum tamat, Tommy Taylor menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan agregat. Hanya 12 minit berselang Taylor mencipta peluang gol untuk disudahkan Berry.

     Gol Berry melengkapkan kemenangan 3-0 ke atas Bilbao dan keputusan 6-5 secara agregat. Lawan seterusnya pada peringkat separuh akhir ialah juara bertahan Real Madrid. Sungguhpun Berry bermain kedua-dua perlawanan separuh akhir namun United tewas agregat 5-3.

     Beliau mendapat medal naib juara Piala FA selepas United tewas 2-1 kepada Aston Villa di Wembley bersama trofi juara liga keempat pada penghujung musim.

     Setahun selepas menjaringkan gol penting menentang Bilbao, Berry cedera teruk semasa perjalanan pulang dari Red Star Belgrade. Bintang England itu yang membuat empat penampilan, telah diberikan penghormatan terakhir termasuk Sir Matt Busby namun keduanya pulih daripada kecederaan masing-masing.

     Bagaimanapun, beliau - yang akhirnya sedar daripada koma selama dua bulan - dengan kecederaan serius yang dialami mengesahkan beliau tidak lagi bermain. Beliau meninggal dunia akibat kanser, pada 16 Februari 1994 berusia 68 tahun, bermain 276 perlawanan dan menjaringkan 45 gol buat United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...