Tuesday, March 13, 2012

Ashley Young gembira Manchester United kembali ke puncak liga.

Ashley Young ketika beraksi menentang West Brom.
     Pemain sayap Manchester United Ashley Young menyatakan kegembiraan beliau selepas kemenangan 2-0 Ahad lalu ke atas West Brom dan menyaksikan United kembali ke puncak Liga Perdana.

     Pemain 26 tahun itu gembira dengan keputusan di Old Trafford dan penyandang juara United memintas Manchester City untuk berada di tempat teratas buat kali pertama sejak Oktober tahun lalu.

     United mngenepikan cabaran pasukan Baggies di Old Trafford dengan dua jaringan Wayne Rooney untuk memintas City, yang mengalami kekalahan mengejut di Swansea. Dengan baki 10 perlawanan liga, United memiliki kelebihan satu mata menuju klimaks penghujung musim.

     Young mempamerkan aksi cemerlang dengan memenangi sepakan penalti untuk gol kedua United dan selepas perlawanan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mendapatkan tiga mata penting.

     "Kami gembira mendapat tiga mata dan kembali ke persada liga," Young memberitahu Sky Sports News.

     "Kami gembira hari ini dan bagaimana kesudahan perlawanan namun kami mungkin dapat menjaringkan lebih banyak gol. Kami mampu menambah (gol) namun kami gembira dengan tiga mata, itu yang lebih penting. Kami hanya melihat kedepan untuk perlawanan seterusnya.."

     Young yang menyertai United daripada Aston Villa musim panas lalu, mengalami kecederaan sebelum kembali beraksi baru-baru ini, dan merasakan beliau kembali mendapat prestasi permulaan musim. United mengekori City hampir sebahagian besar musim dan kemenangan Ahad lalu membolehkan mereka kembali ke persada liga sejak 15 Oktober 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...