![]() |
San Mames Stadium di Bilbao. |
Kesebelasan terkuat dilihat pasti diturunkan di stadium San Mames esok, dengan hanya Nani, Anderson dan Phil Jones kekal di Manchester.
Ketiga-tiga pemain tersebut difahamkan mendapat kecederaan ringan dan Sir Alex akan menjelaskan pemilihan pasukan pada sidang media sebelum perlawanan.
Kehadiran Antonio Valencia dalam penerbangan ke Bilbao memberikan kelegaan kepada para penyokong selepas terlepas lima perlawanan akibat kecederaan otot betis, begitu juga dengan Chris Smalling dan pemain midfield muda Paul Pogba.
Pasukan United ke Sepanyol termasuk: Amos, De Gea; Evans, Evra, Fabio, Ferdinand, Rafael, Smalling; Carrick, Cleverley, Giggs, Park, Pogba, Scholes, Young, Valencia; Berbatov, Hernandez, Rooney, Welbeck.
No comments:
Post a Comment