Wednesday, March 14, 2012

Gosip - Alex Ferguson melihat sendiri aksi Eden Hazard.

     Pemain sasaran Manchester United Eden Hazard berbesar hati dengan kehadiran Alex Ferguson yang menyaksikan beliau beraksi bersama pasukan Lille.
     Ferguson menyaksikan Hazard ketika kekalahan 2-1 Lille kepada Lyon minggu lalu, dan sekaligus mengesahkan minat untuk mendapatkan pemain berbakat Belgium itu bersama beberapa kelab besar England lain.

     Hazard, penjaring 11 gol dalam 27 penampilan perlawanan Ligue 1 musim ini, juga menarik minat Real Madrid dan Barcelona, namun difahamkan memberi keutamaan untuk berpindah ke Liga Perdana.


     "Sudah pasti (United menarik minat saya)," Hazard berkata kepada La Voix du Nord.

     "Ini merupakan kelab yang menarik minat semua orang, namun buat masa sekarang fokus saya hanyalah kepada Lille. Ya memang benar, ia pengalaman yang menggembirakan apabila anda (bermain) disaksikan oleh salah seorang jurulatih terbaik dunia."

     Ferguson dikatakan sudah lama berminat dengan Hazard, namun Tottenham dilaporkan berkelebihan menandatangani pemain 21 tahun itu, yang juga dikaitkan dengan Arsenal, Chelsea dan Manchester City.

Ferguson ketika menyaksikan Eden Hazard beraksi.

     Walaubagaimanapun, dengan Ferguson berazam tidak mahu mengulangi kegagalan menambah pemain midfield serangan kedalam pasukan musim panas lalu, apabila perpindahan Samir Nasri dan Wesley Sneijder keduanya berakhir dengan kekecewaan, pengurus Scotland itu mahu mengenalpasti pemain sasaran dan melakukan proses perpindahan musim panas secepat mungkin.   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...