Thursday, March 15, 2012

Sir Alex Ferguson akui Dimitar Berbatov mungkin meninggalkan Manchester United.

Membawa haluan masing-masing?
     Pengurus Manchester United  Sir Alex Ferguson mengakui bahawa penyerang Dimitar Berbatov berkemungkinan besar meninggalkan Old Trafford pada musim panas akan datang.

     Pemain Bulgaria itu yang muncul penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu namun gagal mengesahkan tempat dalam kesebelasan utama dengan hanya memiliki 10 penampilan liga setakat ini.

     Ferguson mengakui, dengan usia Berbatov yang sudah menjangkau 31 tahun, beliau mungkin meninggalkan United untuk memastikan aksi pasukan utama dengan peluang tersebut sangat terhad di Old Trafford.

     "Kebimbangan utama beliau ialah tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama," kata Ferguson. "Pada usia 31, beliau perlu beraksi dalam pasukan utama. Sukar untuk saya memberi jaminan tersebut, jadi ia mungkin faktor buat beliau mencari kelab baru.

     "Kami akan menggunakan pilihan dalam kontrak beliau, namun selepas berbincang dengan beliau, saya faham beliau mahu beraksi dalam pasukan utama.

     "Ia sesuatu yang perlu kami timbangkan pada penghujung musim. Untuk pemain seusia dan berkebolehan seperti beliau, amat menengecewakan sekiranya tidak dapat bermain dengan pasukan utama. Kami akan lihat pada hujung musim, namun buat masa ini beliau kekal di United."

     Ferguson juga menggariskan kesukaran yang dihadapi bekas bintang Tottenham itu untuk mengatasi pasangan serangan yang kini berada pada prestasi terbaik Danny Welbeck dan Javier Hernandez.

     Beliau menambah: "Beliau mungkin bermain esok (menentang Athletic Bilbao) tetapi saya mempunyai pilihan lebih baik di posisi serangan dengan pemain seperti Javier Hernandez, Danny Welbeck dan Wayne Rooney."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...