Friday, March 30, 2012

Rio Ferdinand cergas untuk berdepan Blackburn Rovers.

     Sir Alex Ferguson telah mendedahkan bahawa Rio Ferdinand disahkan cergas menjelang perlawanan penting Isnin ini menentang Blackburn.

     Pertahanan tengah itu digantikan menghampiri penghujung perlawanan kemenangan 1-0 ke atas Fulham namun ia hanya langkah berjaga-jaga dan tiada kesan terhadap masalah sakit belakang yang menghantui beliau selama ini.

     Dengan Nani belum cukup cergas untuk kembali, pasukan yang akan berkunjung ke Ewood Park hampir pasti tiada perubahan dengan perlawanan sebelum ini dengan Cottagers.

     "Pasukan yang sama seperti Isnin lalu, tiada perubahan," umum Ferguson. "Kami jangka Nani akan berlatih esok namun perlawanan (Blackburn) terlalu awal buat beliau. Rio okey, cuma terasa sedikit tegang. Kami tahu situasi tersebut. Kami tangani dengan betul dan masukkan Chris Smalling."

     Sir Alex sedar bahawa perlawanan sengit menanti di Ewood Park, yang bukan menjadi gelanggang kegemaran United bertahun-tahun.

     "Perlawanan di Blackburn selalunya sukar," beliau menambah. "Ia ditambah dengan faktor derby (Lancashire derby) dan selalunya sengit. Musim lalu kami bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk memenangi liga namun kami jangka perlawanan sukar. Itu sama sebagaimana perlawanan lain namun kami berharap dapat menanganinya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...