Monday, April 2, 2012

Alex Ferguson - Phil Jones bakal kapten Manchester United satu hari nanti.

Jones bersama Ferguson.
     Menjelang kepulangan Phil Jones ke kelab lamanya Blackburn Rover malam Isnin ini, Sir Alex Ferguson merasakan Jones memiliki karektor yang diperlukan untuk menjadi kapten Manchester United satu hari nanti.

     "Beliau sudah pasti bakal menjadi kapten," kata Ferguson. "Tiada kesangsian mengenainya. Saya mengatakan ini sejurus beliau bersama kami dan saya rasa ada keistimewaan tersendiri pada beliau. Beliau beraksi dengan baik hingga mendapat kecederaan dan jangkitan selesema.

     "Perkara seperti itulah menyebabkan prestasi beliau terjejas sama juga Chris Smalling. Jika mereka berdua kekal cergas hingga akhir musim, ia merupakan bonus bagi kami kerana mereka pemain muda berbakat besar."

     Musim lalu, Jones bersama pasukan Blackburn yang tewas 7-1 di Old Trafford, dan walaupun pada satu ketika ketinggalan 6-0, beliau masih menjerit memberikan arahan dan semangat kepada rakan pertahanan lain. Ferguson mendakwa sikap tersebut mengesahkan bahawa pemain inilah yang perlu ditandatangani United.

     Jones juga mendedahkan melihat pemain-pemain United meraikan gelaran liga ke 19 musim lalu di  Ewood Park membuatkan beliau bertekad mahu emnyertai United.

     "Itu adalah penyebab mengapa saya berpindah," kata Jones. "Saya memiliki kenangan manis semasa berada di Blackburn dan dikelilingi oleh mereka-mereka yang baik hati di kelab itu.

     "Namun saya mahu memenangi trofi dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang hebat sebagaimana United. Untuk dapat menjulang trofi pada penghujung musim adalah pencapaian yang terhebat buat saya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...