Thursday, March 29, 2012

Bryan Robson - Kenyataan Patrick Vieira menunjukkan tanda-tanda terdesak.

Robson bersama Ferguson.
     Bryan Robson menyelar bekas midfield Manchester City Patrick Vieira, selepas pemain Perancis itu menyifatkan Manchester United sebagai "terdesak" kerana membawa Paul Scholes kembali bermain.

     Patrick Vieira, sebagai duta kepada Manchester City (selepas hanya bermain 32 perlawanan) melancarkan 'serangan' ke atas Manchester United minggu lalu, menyatakan United begitu terdesak memanggil semula Paul Scholes daripada persaraan dan pada masa yang sama kehilangan pemain muda berbakat besar seperti Ravel Morrison.

     Dalam masa tiga bulan selepas Scholes kembali, beliau sudah menjaringkan gol lebih daripada jumlah jaringan musim lalu, dan Morrison dijual kepada West Ham atas sebab-sebab yang jelas dan itu bermakna isu 'kehilangan' pemain muda berbakat tidak langsung berbangkit.

     Pasukan Sir Alex Ferguson menang sembilan daripada 10 perlawanan yang melibatkan Scholes, dan lagenda dan bekas kapten United Robson percaya Vieira "sepenuhnya tersasar" daripada komen yang beliau keluarkan.

     "City cuba memainkan isu Scholes kembali bermain," ujar Robson kepada pemberita. "Saya fikir Vieira sepenuhnya tersasar daripada apa yang beliau perkatakan."

     Walau apapun, ketika ditanya mengenai komen Vieira, Sir Alex Ferguson dengan pantas mengingatkan mereka (City) dakwaan pengurus Roberto Mancini bahawa Carlos Tevez tidak akan lagi bermain buat City sebelum beliau 'berehat' hampir enam bulan menjauhi kelab dan pulang ke negaranya, hanya untuk dipanggil semula selepas pasukan Eastland itu terlepas teraju liga kepada United.

     Robson menyokong komen bekas pengurusnya, mendakwa tindakan pemain Argentina itu tidak boleh diterima, walau bagaimana hebat beliau sebagai pemain..

     Beliau menambah: "Bos (Sir Alex) membidas kenyataan tersebut dan benar apa yang beliau katakan (mengenai Tevez).

     "Jika Tevez masih bermain dengan kami (United), tidak mungkin beliau dapat bermain semula musim ini. Tidak kira berapa hebat anda sebagai pemain. Bagaimana anda boleh pergi begitu sahaja selama enam bulan?."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...