Thursday, March 29, 2012

Gosip - Nathaniel Clyne bakal menyertai Manchester United?

     Pengerusi Crystal Palace Steve Parish mendedahkan bahawa kelabnya masih berharap dapat mengekalkan pemain pertahanan Nathaniel Clyne, namun tidak akan menghalang beliau menyertai Manchester United.

     Pasukan Championship itu menaruh harapan agar pemain muda berbakat itu komited dengan Palace namun akur sekiranya beliau memilih untuk berhijrah ke United musim panas ini.


     Pemain berusia 20 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Old Trafford untuk memberikan persaingan kepada posisi pertahanan, dan Parish mengakui ia mungkin berlaku.

     "Kami belum mencapai apa-apa persetujuan dengan mana-mana pihak dan kami masih menawarkan kontrak baru kepada Nathaniel," Parish memberitahu Evening Standard.

     "Kami punyai hubungan yang baik dengan beliau mahupun agennya dan saya fikir beliau akan menikmati bolasepak di sini dan saya dapat lihat kelab terus mara ke depan. Namun sekiranya perjanjian dilakukan dengan Manchester United, ia sukar untuk halang beliau.

     "Jika pemain-pemain muda kami ingin berhijrah, sekurang-kurangnya mereka berpindah ke kelab besar dan terbaik - dan Manchester United adalah pilihan tersebut."

     Clyne telah membuat lebih 100 penampilan dengan Palace sejak menembusi kesebelasan utama dan memenangi anugerah daripada kelab Player of the Year pada 2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...