Tuesday, March 27, 2012

Jonny Evans akui Manchester United bernasib baik ketika menentang Fulham.

Jonny Evans dan Wayne Rooney meraikan gol.
     Pertahanan Manchester United Jonny Evans mengakui pasukannya bernasib baik dengan keputusan penalti kontroversi ketika kemenangan 1-0 menentang Fulham.

     Gol sebelum tamat separuh masa pertama daripada Wayne Rooney membolehkan juara bertahan liga itu berada tiga mata di depan pencabar terdekat Manchester City namun pasukan Sir Alex Ferguson bergelut untuk mencipta penyudah terbaik walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan.

     Pemain antarabangsa Ireland Utara itu memberitahu Sky Sports: "Ia keputusan yang hebat buat kami namun kami sedikit kecewa dengan persembahan. Kami berjaya mendapatkan kemenangan 1-0 dan kembali semula ke persada liga.

     "Mungkin lebih baik untuk mendapatkan lebih banyak gol namun jika dilihat kembali perlawanan kami gembira dengan tiga mata selepas aksi yang kami pamerkan tidak seperti yang diharapkan.

     "Perlawanan di Old Trafford sebelum ini menentang West Brom kami terpaksa menunggu hingga minit ke 35 (untuk gol pertama) dan ia sama seperti perlawanan semalam, kami perlu bersabar untuk mendapatkan gol dan mungkin kurang bernasib baik kami tidak menambah jaringan."

     "Benar, anda dengan pantas melihat pengadil. Beliau tidak memberikan sepakan penalti kepada Fulham namun selepas melihatnya sekali lagi saya rasa ia memang penalti," tambah Evans mengenai bentesan Michael Carrick ke atas Danny Murphy.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...