Monday, March 26, 2012

Alex Ferguson yakin Rio Ferdinand mampu teruskan karier di Manchester United.

Ferguson dan Ferdinand.
     Sir Alex Ferguson yakin Rio Ferdinand mampu beraksi di peringkat tertinggi untuk Manchester United.

     Bos Old Trafford percaya pertahanan tengah itu masih boleh memberikan yang terbaik kepada kelab dan memuji pengaruh pemain 33 tahun itu dalam bilik persalinan.

     Ferdinand membuat 29 penampilan musim ini walaupun mengalami kecederaan belakang dan pengurus Scotland itu percaya Ferdinand masih sebahagian pemain utama dalam pasukannya.

     Ferguson memberitahu: "Saya rasa berapa lama beliau boleh bermain bergantung kepada bagaimana beliau rasa secara fizikal, namun apa yang beliau lakukan sekarang adalah bagus.
    
     "Prestasi beliau tidak mengejutkan saya dalam erti kata beliau masih muda sebagai pertahanan tengah. Secara normalnya anda jangka pertahanan tengah dengan tahap atletisme seperti beliau akan bermain hingga lewat tiga puluh tahun.''

     Ferguson mengesahkan kecederaan pemain 33 tahun itu dipantau sepanjang masa namun percaya ia risiko yang berbaloi kerana beliau mampu menunjukkan dan mencurahkan pengalaman kepada pemain-pemain yang lebih muda.

     "Beliau tiada isu langsung," tambah Ferguson. "Saya fikir dari masa ke semasa beliau merasa sesuatu di bahagian belakang dan kami perlu uruskan perkara tersebut.

     "Beliau menyesuaikan diri terhadap cabaran untuk kekal cergas dalam perlawanan tertentu dengan baik. Pemain yang lebih muda boleh ambil contoh daripada pemain lebih senior.

     "Beliau berperanan dengan pengaruh dalam bilik persalinan dan ini sangat bagus."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...