Thursday, March 22, 2012

Blast from the Past - Persaingan takhta liga musim ini mengulangi saingan 16 tahun dahulu.

Alex Ferguson dan Roberto Mancini
     Menuju ke penghujung musim dengan baki sembilan perlawanan, Sir Alex Ferguson meramalkan perebutan gelaran liga akan berlarutan hingga ke perlawanan terakhir dan tidak menolak kemungkinan perbezaan gol juga berperanan menentukan juara kelak.

     Manchester United bermula dengan cemerlang, tanpa kalah pada lapan perlawanan pertama termasuk membenam Arsenal di Old Trafford 8-2. Begitu juga City mengekori rapat United hinggalah pertemuan kedua pasukan di Old Trafford di mana tuan rumah dimalukan seteru setempat mereka dengan kekalahan 6-1.

     Selepas itu City tidak lagi menoleh ke belakang meneraju liga dengan United di tempat kedua. Kedua pasukan saling cuba mengatasi antara satu sama lain, hinggalah City dikejutkan oleh Swansea apabila tewas tipis 1-0. United dengan kelebihan satu mata menerajui semula liga selepas kali terakhir pada pertengahan Oktober.

     Di sebalik gembar-gembur yang menyelubungi musim ini sejak sepak mula perlawanan pertama Ogos lalu, ia amat menakjubkan melihat beberapa persamaan antara musim ini dengan kempen musim 1995/96.

     Pada masa itu sebagaimana sekarang, Manchester United dikatakan tidak begitu bagus untuk menjuarai liga - punyai terlalu ramai pemain muda (David Beckham, Paul Scholes, Gary Neville dan Ryan Giggs) pada masa itu dan dua pemain masih kekal bemain hingga sekarang (Scholes dan Giggs) - dan pasukan yang menjaringkan gol seolah-olah tanpa had seperti mereka bakal menjadi juara tanpa saingan - Newcastle kendalian Kevin Keegan pada 1996, Roberto Mancini dan Manchester City pada 2012.

     Enam belas tahun lalu, walaupun menang 2-0 di laman sendiri ke atas Newcastle pada Disember, United masih mengekori Magpies dengan tujuh mata, dan jurang tersebut makin bertambah kepada 12 mata menjelang Januari.

     Musim ini selepas permulaan yang cemerlang, United melepaskan teraju liga apabila gagal menewaskan Liverpool di Anfield, sebelum dibenam City di laman sendiri 6-1 minggu berikutnya.

     Kemenangan derby tersebut meletakkan City lima mata di depan United, jurang yang mana pasukan Alex Ferguson berjaya kurang, walaupun sementara, apabila City menerima kekalahan pertama di tangan Chelsea pada pertengahan Disember, sebelum terikat pungutan mata menjelang tahun baru.

     Begitu juga yang berlaku pada 1996 (apabila Newcastle tewas 4-1 di Spurs pada hari tahun baru, sebelum seri 0-0 dengan Aston Villa), United menyaksikan saingan gelaran liga mereka terlepas peluang melebarkan jurang.
    
     United dengan kelebihan pengalaman perebutan gelaran (dengan Arsenal lewat era 90an, Chelsea selepas era Abramovich, dan kini City yang memiliki kuasa wang yang tiada had) dengan perlahan mengurangkan defisit mata dan walaupun seteru setempat mereka menewaskan Chelsea 2-1 semalam - dan kedua pasukan hanya dipisahkan dengan satu mata - City mula menunjukkan tanda-tanda 'keletihan' dan 'kelesuan'.

     Tambahan pula, City perlu berkunjung ke Stoke, Arsenal, dan Newcastle sebelum tamat musim manakala United berdepan (secara teori) perlawanan-perlawanan lebih mudah - sama sebagaimana yang berlaku pada 1996 - apabila Newcastle berdepan perlawanan di Highbury dan Anfield menuju penghujung musim, dan kalah kedua perlawanan (1-0 di Arsenal dan 4-3 menentang Liverpool).

                     
                      Liverpool vs Newcastle - Adakah perkara sama akan berlaku kepada City di Emirates nanti?
    
     Apa yang diperlukan musim bagi menjelmakan sebagaimana yang berlaku pada 16 tahun lalu, Mancini perlu membuat kenyataan secara langsung di BBC bahawa beliau gembira melihat United ditewaskan. Sekiranya itu berlaku memori 1996 pastinya bakal berulang.

* Persaingan takhta Liga Perdana musim 1995/96.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...