Thursday, November 24, 2011

Blast from the Past - Perebutan gelaran liga musim 1995/96 antara Manchester United dan Newcastle United.

Kevin Keegan
     Musim 1995/96 akan kekal diingati terutama persaingan sengit antara pengurus Newcastle Kevin Keegan dan rakan sejawat di United Alex Ferguson.

     Newcastle yang pada satu ketika mendahului liga dengan 12 mata, akhirnya hanya mampu menjadi naib juara empat di belakang United.

     Pasukan bimbingan Keegan memasuki Disember 1995 seakan-akan tidak 'terkejar' oleh mana-mana pasukan lain.

     Dengan 12 kemenangan, dua seri dan satu kekalahan dalam 15 perlawanan liga, pasukan Tyneside itu bagaikan sudah bermimpi untuk bergelar juara liga sejak kali terakhir pada 1927. Kedua pasukan bertemu pada 27 Dis 1995 dengan Newcastle 10 mata di depan dalam liga. Kemenangan 2-0 United mengurangkan jurang perbezaan mata kepada tujuh mata, dan dua hari kemudian United menewaskan QPR 2-1 untuk menjadikan perbezaan empat mata. Namun United tewas 4-1 di Tottenham pada tahun baru dan seri 0-0 dengan Aston Villa, sekaligus membenarkan Newcastle menjarakkan diri dengan 12 mata pada Januari 1996.

     Kedua pasukan bertemu sekali lagi pada awal bulan Mac di St James' Park dan gol tunggal daripada Cantona memberikan kemenangan 1-0 kepada United dan mengurangkan jurang kepada satu mata.


     Pada 03 April 1996, Newcastle bertandang ke Anfield untuk meneruskan persaingan gelaran liga dengan United. Kekalahan mengejut 4-3 dalam perlawanan yang diundi sebagai Match of the Decade secara tidak langsung meranapkan harapan Toon Army.

     Kesemuanya bermula selepas Alex Ferguson yang terkenal dengan permainan minda mencadangkan bahawa pasukan lain beraksi bermati-matian ketika menentang United tetapi sebaliknya dengan Newcastle.

     Pada 30 Apr 1996, Newcastle mengalahkan Leeds 1-0 di Elland Road. Pada temubual selepas perlawanan Kevin Keegan sangat bersemangat dan melaungkan kata-kata yang sehingga kini masih menjadi antara yang paling terkenal dalam sejarah Liga Perdana.


     Dengan liga berbaki satu perlawanan United mendahului Newcastle dengan dua mata. Newcastle perlu menang dengan Tottenham dan dalam masa yang sama mengharapkan Middlesbrough mengalahkan saingan Mancunia mereka iaitu United.

     Namun trofi liga kembali ke Old Trafford selepas musim 1993/94 apabila Manchester United mengalahkan Middlesbrough 3-0 dan Newcastle hanya mampu seri 1-1 dengan Tottenham. Seminggu selepas itu Manchester United menjadi pasukan pertama bergelar juara Double, trofi liga dan Piala FA buat kali kedua. Cantona menjaringkan gol tunggal untuk menewaskan musuh tradisi Liverpool dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...