Thursday, November 24, 2011

Sejarah Ulangtahun ke-60 Busby Babes.

Busby Babes sebelum perlawanan menentang Red Star Belgrade 1958
     Ungkapan Busby Babes pertama kali digunakan dalam media cetak pada tahun 1951. Frank Nicklin, sub-editor di Manchester Evening News mencipta ungkapan itu dalam laporan perlawanan Liverpool dengan Manchester United pada 24 November 1951 yang menyaksikan penampilan pertama dua pemain muda United iaitu Jackie Blanchflower 18 tahun dan Roger Byrne 22 tahun. Selepas itu ungkapan keramat tersebut kekal sebagai rujukan untuk pemain muda berbakat Manchester United, dibangun dan diuruskan oleh Sir Matt bersama pembantunya Jimmy Murphy.

     Pada lewat 1940an, Sir Matt memutuskan Manchester United perlu ada polisi pemain muda. Walaupun mengecapi beberapa kejayaan awal selepas perang, Sir Matt yakin kejayaan jangka panjang kelab bergantung kepada pencarian dan pembangunan pemain-pemain muda. Beliau mengasaskan rangkaian pencari bakat yang menjelajah England dengan tujuan mencari dan mengenengahkan bakat muda dalam bolasepak.


     Pada tahun 1952, Persatuan Bolasepak (FA) England menganjurkan FA Youth Cup dan United menjuarai lima tahun pertama kejohanan. Di bawah kendalian Sir Matt dan kakitangannya, pemain muda dibimbing sehingga ramai yang bersedia diserap ke dalam pasukan utama. Dalam perlawanan pasukan utama pada 1953, tujuh daripada sebelas pemain berusia bawah 22 tahun.

     Manchester United menjuarai liga dua musim berturut-turut pada 1955/56 dan 1956/57 dengan purata umur pasukan 21 dan 22 masing-masing. Busby Babes memiliki bakat yang sangat besar dan menjanjikan kejayaan demi kejayaan di masa depan.

     Tragiknya kejayaan yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tragedi Munich 1958 memusnahkan sebahagian besar anggota Busby Babes. Lapan terkorban, dua tidak lagi bermain dan selebihnya tidak lagi bermain dengan kejayaan yang sama. Pada 1960an para pemain masih lagi dirujuk sebagai Busby Babes namun pada kebanyakan, ia hanya untuk pasukan awal 1950an yang layak menerima gelaran klasik ini.

     Bagi sesetengah orang, Busby Babes hanya pada pemain yang lahir di Manchester dan dibimbing hanya di Old Trafford dibawah Sir Matt. Bagi yang lain definisi Busby Babes adalah termasuk mana-mana bakat muda bolasepak Manchester United dinspirasikan oleh Sir Matt untuk bermain dengan penuh gaya dan  bolasepak serangan.

     Dengan menggunakan definisi kedua Busby Babes pada era 1950an adalah termasuk Geoff Bent*, Johnny Berry, Jackie Blanchflower, Roger Byrne*, Bobby Charlton, Eddie Colman*, John Doherty, Duncan Edwards*, Bill Foulkes, Harry Gregg, Mark Jones*, Wilf McGuinness, Kenny Morgans, David Pegg*, Albert Scanlon, Tommy Taylor*, Dennis Viollet, Liam Whelan* dan Ray Wood. (*korban Munich).

Sir Matt bersama Busby Babes

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...