Friday, November 25, 2011

Tom Cleverley mungkin kembali beraksi lebih awal.

     Tom Cleverley bakal memberikan Manchester United berita baik dengan kembali beraksi lebih awal daripada jangkaan asal.

     Pengurus United Sir Alex Ferguson sebelum ini memberitahu Cleverley akan diketepikan sehingga Krismas disebabkan kecederaan ligamen buku lali.

     Namun menurut laporan pemain midfield itu dijangka cergas lebih awal dan mungkin dapat beraksi dalam masa tiga minggu.

     Pemain muda England itu sedang menjalani rawatan intensif dan sekarang hampir pasti dapat kembali beraksi pada masa jadual perlawanan padat semasa menjelang Krismas.

     Ia juga difahamkan bahawa pegawai medikal United tidak menolak kemungkinan beliau mungkin dapat diturunkan pada perlawanan Champions League menentang Basel pada 07 Disember ini.

     United perlu sekurang-kurangnya satu mata untuk memastikan layak ke peringkat seterusnya, dan dengan Michael Carrick yang digantung perlawanan selepas menerima kad kuning kedua, Cleverley mungkin menjadi jawapan kepada permasalahan United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...