Friday, November 25, 2011

Danny Simpson mahu buktikan kepada Alex Ferguson.

     Danny Simpson bersedia untuk membuktikan bahawa Sir Alex Ferguson membuat keputusan yang salah dengan membenarkan beliau meninggalkan United.

     Pemain bek kanan itu kembali buat kali pertama ke Old Trafford esok sejak dipinjamkan ke Newcastle dua tahun lalu. Beliau menandatangani penjanjian untuk kekal sebagai pemain Toon Army, dengan pasukannya mahu memberi kejutan kepada United.

     Simpson, 24 tahun, berkata: "Saya perlu buktikan sesuatu buat Sir Alex.

     "Saya peminat United. Saya gembira ketika berada di sana tetapi sekarang saya sebahagian daripada pasukan Newcastle sekarang.

     "Saya kembali ke Old Trafford untuk beraksi cemerlang dan membuktikan siapa diri saya."

     Simpson masih mempunyai baki 18 bulan kontrak dengan Newcastle namun bersedia untuk menandatangani kontrak baru. 

     Beliau menambah: "Saya gembira di sini (Newcastle) dan mereka mahu saya kekal."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...