Thursday, November 24, 2011

Wayne Rooney "sangat diragukan" kecergasannya untuk berdepan Newcastle.

     Wayne Rooney masih diragui tahap kecergasannya menjelang perlawanan liga menentang Newcastle Sabtu ini.  Rooney terlepas perlawanan Champions League menentang Benfica yang menyaksikan United hanya mampu seri 2-2. Kecederaan pinggul dialami beliau ketika kemenangan 1-0 United ke atas Swansea.

     Menurut sumber penyerang England ini "sangat diragukan" tahap kecergasan beliau untuk mengemudi bahagian serangan berdepan Newcastle di Old Trafford, dengan pasukan Sir Alex Ferguson mahu mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga Manchester City.

     Rooney sedang menjalani rawatan intensif dan terdesak untuk bermain, tetapi pegawai medikal kelab enggan membenarkan pemain 26 tahun ini beraksi sehingga beliau pulih sepenuhnya. Buat masa ini, situasi tidak begitu menyebelahi beliau dengan sumber dalaman United mengatakan Rooney hanya memiliki kurang 50-50 peluang untuk beraksi, ini diambil kira sejauh mana serius kecederaannya.

     Dengan United memerlukan sekurang-kurangnya keputusan seri di Basel dua minggu akan datang untuk melayakan diri ke peringkat seterusnya dalam Champions League, dirasakan tidak perlu meletakkan penyerang itu dalam situasi berisiko mendapat kecederaan seterusnya jika sekiranya beliau beraksi lebih awal daripada jangkaan.

     Rooney mengalami kecederaan tersebut selepas berlanggar dengan penjaga gol Swansea Michel Vorm, dan mendapat kesan lebam-lebam hingga ke tulang akibat jatuhan tidak sempurna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...