Wednesday, November 23, 2011

Blast from the Past - Imbasan rekod United sebelum perlawanan terakhir kumpulan Champions League.

     Selepas hanya mampu seri 2-2 dengan Benfica, kini United di tempat kedua kumpulan C di belakang Benfica, juga diekori rapat Basel dengan satu mata. Dengan mengambil kira rekod head-to-head antara pasukan dalam kumpulan yang sama, Benfica adalah pilihan untuk menjuarai kumpulan, manakala United untuk menjadi juara kumpulan perlu mengalahkan Basel dan pada masa sama mengharapkan Otelul Galati mengelak kekalahan di Portugal.

    Format satu peringkat kumpulan (32 pasukan) dalam Champions League dimulakan pada musim 2003/04 dengan sebelum itu kejohanan ini menggunakan format kumpulan peringkat kedua (16 pasukan) selepas peringkat pertama. Kita imbas rekod United selepas perlawanan kelima kumpulan dan sejauh mana laluan mereka seterusnya.

Musim 2003/04 - Kumpulan E bersama Glasgow Rangers, Panathinaikos dan Stuttgart.

Silvestre menjaringkan gol pertama
     
     United memulakan kempen dengan bergaya apabila membelasah Panathinaikos 5-0 di Old Trafford. Namun pada perlawanan kedua United dikejutkan apabila tewas 1-2 kepada kelab Jerman Stuttgart.

     Selepas kekalahan tersebut United tidak lagi melihat kebelakang dengan terus mencatatkan kemenangan untuk baki empat perlawanan berikutnya. Menjelang perlawanan terakhir dengan Stuttgart, kedua pasukan terikat dengan 12 mata, namun perlawanan yang berlangsung di Old Trafford memihak kepada tuan rumah dengan 2-0 sekaligus menjuarai kumpulan.

 * United terkandas di peringkat 16 pasukan terakhir apabila tewas 2-3 kepada juara sebenar, FC Porto pasukan bimbingan Jose Mourinho.


Musim 2004/05 - Kumpulan D bersama Lyon, Fenerbahce dan Sparta Praha.

Crespo jaringkan gol kemenangan.

    
     Setelah mencatat keputusan seri 2-2 pada perlawanan pertama di Lyon, United perlu menang perlawanan kedua. Kelab Turki Fenerbahce menjadi mangsa apabila dibelasah 6-2 dengan hatrik Wayne Rooney dalam perlawanan debutnya.

     Menjelang perlawanan terakhir, United mendahului kumpulan dengan 11 mata dengan Lyon satu mata di belakang. United perlu menang untuk menjuarai kumpulan namun kunjungan ke Turki menyaksikan mereka tewas 0-3 dan hanya menduduki tempat kedua.


* Tewas kepada naib juara sebenar AC Milan dengan jaringan 0-1 di laman sendiri dan tempat lawan pada peringkat 16 pasukan terakhir.


Musim 2005/06 - Kumpulan D bersama Benfica, Villareal dan Lille.

Scholes menjaringkan gol pertama.
     
     Musim di mana kapten Roy Keane meninggalkan United selepas perselisihan faham dengan pihak pengurusan. Sekali lagi United bermula hambar dengan seri tanpa jaringan di Villareal.

     Walaupun menang pada perlawanan kedua dengan Benfica, namun selepas hanya memungut satu mata daripada dua perlawanan menentang Lille, juga sekali lagi seri 0-0 dengan Villareal di Old Trafford, United perlu menang di Portugal berdepan Benfica yang berada satu mata di bawah United. Segalanya musnah apabila United tewas mengejut 1-2 manakala Villareal yang sebelum itu hanya satu mata di depan United telah mengalahkan Lille untuk menjuarai kumpulan.

* United tersingkir pada peringkat kumpulan buat kali pertama.


Musim 2006/07 - Kumpulan F bersama Benfica, Celtic dan Copenhagen.


     Permulaan yang baik dengan tiga kemenangan berturut meletakan United tempat teratas kumpulan. Namun dua kekalahan 1-0 berturut-turut dengan Copenhagen dan Celtic menyebabkan United terikat 9 mata dengan Celtic.

     Perlawanan akhir kumpulan, United menanti kunjungan Benfica manakala Celtic ke Copenhagen. United menang dengan jaringan 3-1 untuk menjuarai kumpulan manakala Celtic walaupun tewas masih layak sebagai naib juara kumpulan.

* United terus melangkah ke peringkat seterusnya namun tersekat di separuh akhir apabila tewas kepada juara sebenar AC Milan. Detik paling menyerlah ialah pada kemenangan 7-1 menentang AS Roma di Old Trafford pada suku akhir.


Musim 2007/08 - Kumpulan F bersama AS Roma, Sporting Lisbon dan Dynamo Kyiv.

United juara 2008
     Musim di mana United muncul juara buat kali ketiga. Dengan memenangi lima perlawanan pertama kumpulan, tempat United dalam pusingan seterusnya telah terjamin, pencabar terdekat AS Roma hanya memungut 10 mata berbanding United 15.

     Kedua pasukan bertemu di Rome dalam perlawanan terakhir yang dianggap tiada makna kerana sudah layak ke pusingan seterusnya. Perlawanan berkesudahan dengan seri 1-1 dan menyaksikan Dynamo Kyiv gagal memungut sebarang mata apabila tewas kesemua enam perlawanan kumpulan.

* United bergelar juara setelah mengalahkan Chelsea 6-5 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir pertama melibatkan dua pasukan dari England. 

 
Musim 2008/09 - Kumpulan E bersama Villareal, Celtic dan Aalborg.

Ronaldo menjaringkan gol kedua.
     United bermula dengan keputusan seri dalam dua perlawanan pertama kumpulan. Selepas seri 1-1 dengan Celtic pada perlawanan kelima United terikat dengan Villareal dengan 9 mata.

     Bagi menjuarai kumpulan United perlu menyamai apa sahaja keputusan Villareal menentang Celtic, dengan pasukan dari Scotland itu tiada harapan layak ke peringkat seterusnya.

     Walaupun hanya seri 2-2 dengan Aalborg di Old Trafford, kekalahan Villareal di Celtic membolehkan United menjadi juara kumpulan dengan perbezaan satu mata.

* United layak ke akhir namun tewas kepada Barcelona. Detik paling menyerlah apabila menewaskan Arsenal 3-1 di Emirates Stadium.


Musim 2009/10 - Kumpulan B bersama Besiktas, Wolfsburg dan CSKA Moscow.

Rekod tanpa kalah United lebur ditangan Besiktas
     Musim ini menyaksikan United kekal tanpa kalah hingga perlawanan keempat dan berada tempat teratas kumpulan. Menanti kehadiran Besiktas di Old Trafford pada perlawanan kelima, United perlu elak kekalahan untuk menjamin tempat sebagai juara kumpulan.

     Aksi bertenaga pasukan pelawat menyaksikan mereka mengalahkan United dengan jaringan 1-0. Nasib menyebelahi United apabila kekalahan Wolfsburg di Moscow mengesahkan United selaku juara kumpulan. Pada perlawanan terakhir United menewaskan wakil Jerman 3-1 dengan hatrik daripada Micheal Owen.

* United berjaya melangkah ke suku akhir hanya untuk tewas kiraan gol tempat lawan dengan Bayern Munich, yang menjadi naib juara kejohanan.


Musim 2010/11 - Kumpulan C bersama Valencia, Rangers dan Bursaspor.

Messi menjadi tonggak Barcelona.
     Selepas seri 0-0 dengan Rangers pada perlawanan pertama, United mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut sebelum bertandang ke Rangers bagi mengesahkan juara kumpulan.

     Penalti daripada Wayne Rooney memberikan kemenangan buat United dan muncul juara kumpulan dengan perlawanan terakhir menentang Valencia di Old Tarfford dua minggu berikutnya.

     Dengan merehatkan beberapa pemain utama United hanya mampu seri 1-1 dengan Valencia yang menjadi naib juara kumpulan.

* United sekali lagi layak ke perlawanan akhir untuk kali ketiga dalam tempoh empat musim namun tewas kepada pasukan yang sama pada 2009 iaitu Barcelona.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...