Wednesday, November 23, 2011

Darren Fletcher - Kami kecewa dengan keputusan namun fokus untuk berdepan Basel.

Fletcher meraikan jaringan kedua United.
     Darren Fletcher mengakui walaupun kecewa dengan keputusan seri 2-2 dengan Benfica, namun beliau berpuas hati dengan kelayakan ke peringkat kalah mati Champions League musim ini masih lagi di tangan United dengan perlawanan terakhir kumpulan menentang Basel bulan depan.

     Walaupun kelayakan sebagai juara kumpulan C mungkin sesuatu yang jauh daripada genggaman (Benfica menjadi pasukan pilihan untuk mengalahkan Otelul Galati di tempat sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan), pemain midfield enggan menekan butang panik sungguhpun menyedari kebarangkalian bertemu pasukan gergasi lain seperti Real Madrid atau Barcelona jika United mendapat tempat kedua kumpulan.

     United perlu mengelakan kekalahan di Switzerland dan Fletcher, yang menjaringkan gol kedua United kelihatan tenang dengan tugas yang bakal dihadapi dalam perlawanan terakhir nanti.

     "Kami kecewa dengan hasrat menjuarai kumpulan kelihatan sukar sekarang," beliau memberitahu MUTV. "Ia masih dalam tangan kami untuk pergi ke Basel dan dapatkan keputusan positif.

      "Gol pertama Benfica, Phil Jones tidak dapat berbuat apa-apa. Ia sama dengan situasi Rio Ferdinand untuk gol kedua, yang berada pada posisi terbaik, tetapi bola melantun kepada pemain lawan (Pablo Aimar) untuk gol penyamaan. Kami begitu kecewa kerana kami mencipta banyak peluang dan bermain dengan cemerlang.

     "Benfica adalah pasukan hebat. Mereka beraksi dengan cemerlang musim ini dalam liga domestik dan kami memang jangkakan perlawanan sengit dan terbuka."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...