Tuesday, November 22, 2011

Alex Ferguson - Kecederaan Rooney tidak serius.

     Sir Alex Ferguson menjangkakan Wayne Rooney akan cergas untuk berdepan Benfica di Old Trafford malam ini, sungguhpun beliau terlepas latihan sessi pagi semalam.

     Rooney tidak termasuk dalam kelompok 24 pemain yang berlatih di Carrington pagi semalam - kurang 36 jam sebelum perlawanan Champions League kumpulan C - namun pengurus United mengenepikan kebimbangan bahawa penyerang itu mengalami kecederaan serius pada sidang media pra-perlawanan UEFA dan memberi jaminan pemain nombor 10 itu akan  beraksi.

     "Kami mempunyai beberapa kecederaan kecil daripada perlawanan Sabtu lalu," jelas Ferguson.   "Jonny Evans dengan masalah hamstring tetapi kami harapkan beliau akan okey esok. Wayne juga mendapat kecederaan kecil dan terlepas latihan hari ini tetapi akan pulih esok. Chris Smalling berlatih pagi ini tetapi tidak akan turun esok - beliau akan cergas Sabtu ini (menentang Newcastle) dan Anderson masih cedera."

     Alex Ferguson mengetahui betapa penting perlawanan dengan Benfica dan merasakan penting untuk menjuarai kumpulan.

     "Ia perlawanan besar," jelas beliau. "Kami mengetahui ia adalah perlawanan Eropah sebenar dengan sejarah antara Benfica dan kami. Kami mempunyai beberapa perlawanan hebat sebelum ini dan dan sudah pasti terpahat dalam memori.

     "Dalam perlawanan pertama, saya fikir kami benar-benar menguasai perlawanan dan berhak mendapat keputusan seri (1-1). Pada 15 minit terakhir mereka menambah asakan dan sudah pasti perlawanan esok lebih menarik kerana kedua pasukan mahu menang. Ia mungkin menyajikan perlawanan terbuka. Diharapkan kami akan dapat keputusan yang diingini."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...