Tuesday, November 22, 2011

Eric Harisson - "Cleverley bakat terbaik selepas Scholes".

Eric Harisson (kiri) bersama Class of 1992
     Berikutan persaraan Paul Scholes hujung musim lalu, Tom Cleverley telah mengambil peluang untuk menggantikan bekas pemain antarabangsa England itu di bahagian tengah midfield United. Beliau menyinar ketika masuk sebagai pemain gantian pada kemenangan ke atas Manchester City dalam Community Shield.

     Walaupun kemunculannya dibayangi oleh beberapa siri kecederaan - terbaru beliau tidak dapat beraksi hingga Krismas - Cleverley masih disebut-sebut untuk mendapat tempat dalam pasukan England di kejohanan Euro 2012.

     Eric Harrison, yang banyak membantu mengenengahkan bakat-bakat baru seperti Ryan Giggs dan David Beckham ke dalam pasukan utama United, percaya tiada kesangsian tentang kehebatan bakat pemain 22 tahun itu.

     "Cleverley adalah bakat muda kelahiran tempatan yang terbaik dimiliki Manchester United sejak Paul Scholes. Tiada persoalan," kata beliau.

     Sementara itu, Harrison juga menyebut bakat-bakat muda yang muncul di Old Trafford - selain Cleverley, United boleh berbangga dengan barisan pemain seperti Chris Smalling, Phil Jones dan Danny Welbeck - untuk mengulangi pencapaian hebat generasi Giggs. 

Cleverley cedera ketika bertemu Everton.

     "Ia seakan-akan sudah lama dijangkakan  namun mereka semakin hampir dengan kumpulan yang saya miliki sebelum ini - Ryan Giggs, Paul Scholes, David Beckham - kumpulan hebat yang digelar Class of '92," tambah Harrison lagi.

     Sementara itu Cleverley disahkan tidak dapat beraksi hingga Krismas akibat kecederaan ligamen kaki. Beliau mengalaminya ketika perlawanan liga menentang Everton bulan lalu dalam perlawanan pertama selepas kembali daripada kecederaan kaki sebelumnya. Walaupun kecederaan itu pada awalnya tidak dianggap serius, pengurus Sir Alex Ferguson bimbang ia mungkin lebih teruk daripada penilaian awal.

     "Ia adalah jangka panjang (kecederaan),'' kata  Ferguson. "Beliau tidak dapat beraksi hingga Krismas. Ia tidak bernasib baik. Ia lebih teruk daripada jangkaan awal kami."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...