Tuesday, November 22, 2011

Blast from the Past - United tersingkir daripada Champions League selepas tewas kepada Benfica.


Ferdinand, Scholes dan Park ketika kalah kepada Benfica.
      Manchester United tersingkir daripada Champions League setelah tewas 1-2 kepada Benfica di  Stadium of Light, Lisbon. Paul Scholes memberikan United permulaan sempurna dalah usaha melayakkan diri ke peringkat kalah mati menerusi penyudah daripada jarak dekat selepas hanya enam minit.

     Namun gol tandukan Geovanni menyamakan kedudukan sebelum Beto merembat bola dari jarak 20 ela untuk gol kedua sejurus sebelum tamat masa pertama. Kekalahan ini bermakna pasukan Sir Alex Ferguson berada di tempat terakhir kumpulan D dan bermakna tidak layak walaupun untuk kejohanan Piala UEFA. Ini merupakan kali pertama United gagal melepasi peringkat kumpulan kejohanan elit bolasepak Eropah untuk 11 tahun.


     United tiba di Lisbon mengharapkan prestasi terbaik untuk meraikan memori mendiang George Best, yang lahir daripada arena lagenda di Lisbon ini. Sebaliknya mereka beraksi hambar dan mencalarkan warisan kebanggaan Eropah mereka.

     Ferguson memberi isyarat dengan barisan serangan - dengan Cristiano Ronaldo dan Ryan Giggs di bahagian sayap manakala Wayne Rooney dan Ruud van Nistelrooy bergandingan sebagai penyerang. Dan Scholes memberikan gol pendahuluan yang diharapkan selepas enam minit permainan.

     Namun United, sepatutnya membina keyakinan untuk menggandakan jaringan daripada gol pendahuluan sebaliknya cuai dalam penguasaan bola dan sekaligus memberi inisiatif kepada Benfica. Kesempatan ini tidak disia-siakan apabila selepas 16 minit hasil bola hantaran Nelson disudahkan oleh Geovanni dengan tandukan layang dan Edwin van der Sar tidak dapat berbuat apa-apa.

     Ronaldo menghadapi kesukaran di Lisbon, beliau menjadi sasaran ejekan penyokong Benfica disebabkan beliau adalah bekas pemain saingan utama tuan rumah iaitu Sporting Lisbon. Serangan United hampir tiada kesan, hinggalah cubaan jarak jauh Scholes hampir mengembalikan semangat pasukannya tetapi ditepis keluar oleh penjaga gol Benfica Quim.

     Benfica lebih menguasai perlawanan dan lebih cenderung untuk menjaringkan gol, dan tidak mengejutkan apabila mereka meranapkan harapan United untuk kekal dalam kejohanan dengan gol kedua pada minit ke 34. Tandukan defensif Alan Smith hanya menyaksikan bola sampai kepada Beto, dan pemain Brazil itu merembat kencang melepasi jangkauan Van der Sar dibantu lantunan Scholes.

     Ferguson kemudiannya membawa masuk dua pemain gantian, mengeluarkan Giggs untuk Louis Saha dan Park Ji-Sung untuk Ronaldo. Tatkala United rancak menyerang, Benfica hampir menghukum kealpaan dengan counter-attack apabila pemain gantian cubaan Joao Pereira terkena sisi jaring gol dengan hanya Van der Sar untuk dikalahkan.

Barisan pemain

Benfica: Quim, Alcides, Luisao, Anderson, Leo (Ricardo Rocha 90), Nuno Assis (Joao Pereira 73), Petit, Beto, Nelson, Nuno Gomes, Geovanni (Mantorras 80).
Gol: Geovanni 16, Beto 34.

United: Van der Sar, Neville, Ferdinand, Silvestre, O'Shea (Richardson 87), Ronaldo (Park 67), Smith, Scholes, Giggs (Saha 60), Rooney, van Nistelrooy.
Gol: Scholes 6.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...