Monday, November 21, 2011

Patrice Evra mungkin terlepas aksi menentang Benfica.

     Patrice Evra berkemungkinan terlepas aksi Manchester United dalam perlawanan Champions League menentang Benfica selepas dijangkiti virus.

     Pemain bek kiri itu dikeluarkan pada minit ke 51 ketika United menewaskan Swansea dan akan dilihat semula tahap kecergasan menjelang perlawanan kumpulan C di Old Trafford.

     Sekiranya beliau tidak dapat beraksi maka Fabio da Silva, yang menggantikan beliau di Swansea akan mengambil alih posisi bek kiri United. 

    
    
     Manchester United  seperti Benfica hanya memfokuskan perlawanan pada Selasa ini dengan kedua kelab boleh melayakkan diri ke peringkat kalah mati Champions League.

     Kedua pasukan terikat dengan lapan mata dalam kumpulan C, dengan United mendahului perbezaan jaringan, dan menang buat mana-mana pasukan di Old Trafford akan meletakan pasukan tersebut sebagai juara kumpulan dengan baki satu perlawanan. Keputusan seri akan melayakkan keduanya jika FC Basel tewas kepada Otelul Galati.

     Kapten Nemanja Vidic yang kembali memperkukuhkan benteng United ketika berdepan Swansea, bagaimanapun tidak dapat turun menentang Benfica akibat menjalani penggantungan perlawanan keduanya.

     Rio Ferdinand dijangka bergandingan dengan Jonny Evans, dengan United yang muncul naib juara musim lalu mahu melayakkan diri ke peringkat kalah mati untuk enam tahun berturut-turut.

     Benfica kekal tanpa kalah di tempat lawan pada kejohanan Eropah musim ini namun United juga mempunyai rekod terbaik di laman sendiri dengan hanya tewas sekali dalam 34 perlawanan di Old Trafford sejak 2005.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...