Monday, November 21, 2011

Ryan Giggs - United perlu bermain dengan lebih baik.

     Ryan Giggs mengakui United bermain dibawah kemampuan sebenar ketika menewaskan Swansea 1-0 pada Sabtu lalu sekaligus mencatat kemenangan kelima tanpa bolos.

     Pemain midfield veteran itu mencipta gol tunggal perlawanan yang disudahkan oleh Javier Hernandez, namun kecewa kerana United tidak dapat menambah jaringan pada 80 minit seterusnya.


    
     "Kadang-kadang ia berlaku sebegitu," kata Giggs. "Kami menjaringkan gol awal dan kemudian bersikap ambil mudah. Kami tidak patut lakukan perkara begitu sebenarnya."

     Pemain Wales itu mengetahui perlawanan ditanahairnya bukanlah perlawanan yang mudah, dengan Swansea setakat ini mengenepikan status pasukan baru apabila memungut 13 mata dan hanya bolos satu gol di tempat sendiri - gol sendiri - sebelum perlawanan dengan United.

     "Ia tempat yang sukar untuk bermain, rekod mereka musim ini membuktikannya. Mereka kekal tanpa kalah hingga perlawanan ini jadi kami tahu ia pastinya sukar," sambung Giggs lagi.

     Giggs juga mengakui rehat perlawanan antarabangsa boleh memberikan impak negatif kepada kelab apabila pemain-pemain kembali, tetapi ini bukanlah alasan atas kemenangan tipis United.

     "Anda punyai pemain berbeza dan tahap kecergasan berbeza," tambah Giggs.

     "Ada antara pemain yang tidak bermain untuk dua hingga tiga minggu dan ada juga seperti Phil Jones dan Nani, bermain dalam dua perlawanan sukar.

     "Namun itu bukanlah alasan. Kami perlu bermain dengan lebih baik sekiranya mahukan keputusan yang lebih positif."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...