Thursday, March 22, 2012

Alex Ferguson - Nani akan kembali berlatih minggu ini.

     Sir Alex Ferguson mendedahkan bahawa pemain sayap Manchester United Nani akan kembali berlatih minggu ini.

     Pemain antarabangsa Portugal itu terlepas tiga perlawanan terakhir United akibat masalah kecederaan kaki namun semakin menghampiri untuk kembali ke pasukan utama.
    
     Beliau juga mengesahkan Phil Jones akan kembali ke dalam pasukan United menjelang pertemuan dengan Fulham malam Isnin ini, dengan kebimbangan kecederaan semakin reda menuju saingan sengit penentuan gelaran juara penghujung musim.

    
     Ferguson berkata Phil Jones akan kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas direhatkan akibat mendapat jangkitan selesema ketika kemenangan besar 5-0 di Wolves.

     "Tiada lagi masalah kecederaan, ia semakin baik sekarang," Ferguson memberitahu laman web rasmi Manutd.com.

     "Jones mendapat jangkitan selesema namun beliau sudah pulih. Sebenarnya beliau kembali cergas sejak Jumaat lalu tetapi kami tidak mahu mengambil risiko pada perlawanan Ahad (dengan Wolves). Beliau bakal diturunkan (perlawanan dengan Fulham).

     "Jadi mereka semua berlatih kecuali Nani, yang sepatutnya kembali berlatih minggu ini, sementara Anderson dan Michael Owen masih lagi cedera. Nemanja Vidic dan Darren Fletcher masih diketepikan untuk jangka panjang."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...