Thursday, June 23, 2011

Blast from the Past - Musim 1995/96 menyaksikan United dibarisi pemain-pemain muda.

Class of 1992
     Setelah mengakhiri musim 1994/95 tanpa sebarang trofi - naib juara liga dengan hanya satu mata di belakang juara Blackburn dan tewas 1-0 dengan Everton pada perlawanan akhir Piala FA - Alex Ferguson mengambil tindakan drastik dengan merombak pasukan United.

     Musim baru 1995/96 pasukan United hampir keseluruhannya dibarisi pemain muda berbakat menerusi sistem akademi pemain remaja. Pihak media juga pemerhati bolasepak khususnya tidak langsung meletakkan harapan untuk pasukan bimbingan Ferguson mengharungi musim ini dengan cemerlang apatah lagi menjadi juara.

     Ungkapan paling terkenal pada ketika itu adalah 'you'll win nothing with kids' daripada Alan Hansen bekas kapten Liverpool, yang hingga kini masih menghantui beliau.

     Ferguson yang sebelum itu tanpa bekas ketua pasukan Bryan Robson yang dijual ke Middlesbrough pada 1994, mengharungi musim 1994/95 dengan barisan pemain daripada musim sebelumnya. Sungguhpun memaksa kejuaraan liga ditentukan hingga ke perlawanan terakhir dan layak ke perlawanan akhir Piala FA namun beliau merasakan masih terdapat kekurangan pada pasukan dan sudah tiba masanya bagi beliau membuat rombakkan besar.

Hughes dan Ince pada 1993.
     Pengurus berasal dari Scotland itu mengejutkan ramai pihak dengan mengenepikan beberapa pemain senior antaranya Mark Hughes yang berhijrah ke Chelsea dengan kos £1.5 juta, Paul Ince ke Inter Milan £7 juta dan Andre Kanchelskis berpindah ke Everton dengan £5.8 juta.

     Perlawanan pertama United bagi  musim 1995/96 menentang Aston Villa di Villa Park bukanlah permulaan yang diharapkan Ferguson apabila United tewas 3-1. Bermula daripada detik itulah Alan Hansen mengeluarkan ungkapan termasyhur beliau hingga kini masih diingati.

     Pada penghujung musim United merangkul kejuaraan Liga Perdana dan lebih manis kejayaan berganda bersama Piala FA apabila menewaskan musuh tradisi Liverpool di Wembley. Apa yang pasti walaupun rata-rata dibarisi pemain muda namun pemain-pemain seperti Eric Cantona, Roy Keane dan Peter Schmeichel kekal menjadi tulang belakang pasukan.

     Sekali lagi bagi mengharungi musim depan Ferguson dijangka merombak pasukannya dengan menambah pemain-pemain muda - seperti Phil Jones (19), Ashley Young (25) dan juga dijangkakan David de Gea (20) yang bakal menggantikan tempat Van der Sar - untuk menyuntik tenaga dan semangat kepada pasukan utama. Diharapkan apa yang berlaku 16 tahun lalu bakal berulang dan sekali lagi membuktikan ungkapan 'you'll win nothing with kids' tiada dalam kamus Alex Ferguson. GGMU

Perbandingan pasukan United Musim 1994/95 dan 1995/96.

Musim 1994/95UmurMusim 1995/96Umur
Peter Schmeichel32Peter Schmeichel33
Denis Irwin30Denis Irwin31
Steve Bruce35Steve Bruce36
Gary Pallister30Gary Pallister31
David May25Gary Neville21
Paul Ince28Nicky Butt21
Ryan Giggs22Ryan Giggs23
Andre Kanchelskis26Paul Scholes22
Roy Keane24Roy Keane25
Mark Hughes32David Beckham21
Eric Cantona29Eric Cantona30
Purata28.5Purata26.7

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...