Thursday, June 23, 2011

Ashley Young semakin hampir bergelar pemain Manchester United.

Ashley Young
     Ashley Young diambang melengkapkan perpindahan ke Manchester United dengan anggaran kos £16 juta. Perjanjian pemain sayap Aston Villa itu difahamkan telah disediakan lebih awal oleh pihak United sebelum beliau bercuti ke Las Vegas dua minggu lalu. Beliau dengan segera melengkapkan penilaian perubatan di hospital Bridgewater di Manchester sejurus kembalinya ke England Isnin lepas.

     United dijangka akan mengumumkan secara rasmi perpindahan Young secepat mungkin minggu ini, dan bermakna Alex Ferguson telah membelanjakan lebih £30 juta setakat ini selepas mendapatkan pemain pertahanan Blackburn Phil Jones dengan kos £16.5 juta.

     Pemain England itu akan menandatangani kontrak lima tahun di Old Trafford dengan anggaran gaji mingguan £120,000 - hampir sekali ganda daripada apa yang beliau perolehi di Villa. Ini memberikan gambaran jelas bahawa pengurus Alex Ferguson akan meneruskan tradisi pembinaan semula pasukan United, yang dilabel ramai pihak sebagai yang terbesar sejak 15 tahun lalu.

     Dengan perpindahan bekas pemain Watford itu ke United sekali lagi memberikan 'kemenangan' kedua kepada Ferguson ke atas seteru lama Kenny Dalglish. Pengurus Liverpool itu juga sebelum ini tewas dalam perebutan mendapatkan tandatangan pemain pertahanan berbakat Blackburn Phil Jones, namun difahamkan pemain sayap 25 tahun itu telah memilih penyandang juara liga berbanding kelab lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...