Monday, June 13, 2011

Dalglish bakal dimalukan Ferguson sekali lagi?

Alex Ferguson dan Kenny Dalglish
     Isu perpindahan pemain pertahanan Blackburn Phil Jones ke Manchester United yang berpanjangan disebabkan salah faham pemilik mereka dari India dan bidaan saat akhir Liverpool bukanlah sesuatu yang baru antara Ferguson dan Dalglish. (baca di sini)

     Jones dengan jelas menyatakan yang beliau memilih United berbanding Liverpool, namun pengurusan Anfield membuat bidaan saat akhir dengan jumlah £6 juta melebihi daripada klausa £16 juta yang termaktub dalam kontrak Jones. Situasi ini jelas menunjukan Dalglish sekali lagi tidak berpuas hati apabila 'ditewaskan' oleh Ferguson.

    Kisah 18 tahun lalu antara Ferguson dan Dalglish adalah perebutan untuk mendapatkan tandatangan pemain yang bernama Roy Keane, iaitu sewaktu Dalglish menjadi pengurus Blackburn Rovers. 'Keane adalah prospek terhangat bolasepak sekarang,' kata Brian Clough pengurus Nottingham Forest ketika musim terakhir Roy Keane di sana.

Roy Keane
     Jack Walker pemilik Blackburn ketika itu bersama Dalglish mengenalpasti Keane sebagai pemain yang mampu membawa Blackburn ke depan pada 1993. Pada mulanya mereka mengadakan perbincangan dengan Keane yang masih mempunyai kontrak dan tanpa pengetahuan Nottingham Forest, sekaligus mengenepikan cabaran Arsenal dan bidaan £4 juta Blackburn secara rasmi diterima.

     Mengimbas kembali kisah tersebut, pada tengahari Jumaat, Dalglish mahukan segala dokumen berkaitan perjanjian disiapkan dengan kadar segera, namun kebetulan disebabkan tiada siapa pun berada di pejabat Ewood Park ketika itu Roy Keane tidak dapat menandatangani perjanjian tersebut. Dalglish kemudiannya beranggapan ia bukan menjadi masalah besar dan ia boleh dilakukan pada Isnin berikutnya.

     Bagaimanapun, Alex Ferguson yang baru sahaja merangkul gelaran Liga Perdana bersama United selepas kemarau 26 tahun, juga dalam pencarian pemain berkaliber untuk membawa pasukan United ke depan. Kapten Bryan Robson yang berada di penghujung karier memerlukan pengganti untuk mengemudi bahagian tengah. Persoalan mengapa Ferguson tidak melihat potensi Keane sebelum itu sukar untuk dijawab namun tetapi beliau sendiri bercakap dengan Keane dalam perbualan telefon pada tengahari Ahad.

     Selepas mendapat tahu tiada sebarang perjanjian ditandatangani dengan Blackburn, Ferguson menjemput Keane ke Manchester dan membawa Keane ke rumahnya di mana mereka sempat bermain snooker.

     'Saya gembira dan suka bertemu dengannya,' kata Roy Keane. 'Bagi seseorang yang menguruskan Manchester United, beliau senang berjenaka, tidak mudah terpengaruh dan rendah diri. Jelas sekali beliau dahagakan  lebih banyak kejayaan. Terdapat beberapa halangan perlu di atasi sebelum perjanjian dicapai. Kami bersetuju yang saya akan memberitahu untuk batalkan proses menandatangani kontrak dengan Dalglish.'

     Tidak menghairankan King Kenny jelas tidak gembira apabila mendengar yang Ferguson telah tanpa pengetahuannya berjaya mendapat persetujuan Keane untuk menyertai United. Dalam biografinya Keane mengimbas perbualan antara mereka:

Dalglish: “What the f*** do you mean? We shook hands on a deal. You can’t back out now.”

Keane: “Look, I’m sorry, I really am,” but I’ve got my future to think about, I’m entitled to that.”

Dalglish: “You’re entitled to nothing except the commitment you made to me on Friday.”

Keane: “I’m sorry, if you’d had the forms ready, I would have signed on Friday.”

Dalglish: “Nobody does this to me, nobody does this to Kenny Dalglish. You’re a wee b******* and you won’t get away with this.”     

     Saya merasa tidak senang dengan situasi tersebut tetapi Kenny Dalglish menuntut saya memenuhi kontrak yang saya sendiri belum tandatangan. Kenny Dalglish yang sama untuk beberapa bulan mengadakan perbincangan sulit dengan saya tanpa pengetahuan Brian Clough. Semakin beliau memaki saya semakin hilang rasa hormat dan sekaligus menetapkan pendirian saya menyertai United.

     Hari berikutnya pada jam 6.30 pagi Dalglish menelefon saya sekali lagi dengan berkata: 'Kamu tak dapat lari begitu sahaja. Blackburn Rovers akan saman setiap wang yang kamu ada.'
  
     Kesimpulannya Keane tidak menyertai Arsenal mahupun Blackburn kerana pada pandangan Keane sendiri kedua-dua pasukan tidak bagus. Beliau menyertai United kerana mereka adalah terbaik.

     Bayangkan kekecewaan Dalglish 18 tahun lalu, sekarang sebagai pengurus Liverpool, setelah menyaksikan United mengatasi Liverpool dengan 19 gelaran liga dan sekali lagi terlepas prospek terhangat dalam bolasepak England. Phil Jones yang diramal ramai pihak sebagai kapten England suatu hari nanti, pada awalnya dijangka menyertai Liverpool. Media difahamkan perjanjian akan diumumkan lewat hari tersebut, sebaliknya dilaporkan Jones telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di United. Arsenal, Spurs dan Liverpool khususnya adalah antara kelab yang telah diterima bidaan masing-masing. Walaupun Arsenal menawarkan gaji yang lebih lumayan namun Jones tetap memilih United.

Ferguson 2 Dalglish 0..In Fergie We Trust..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...