Monday, June 13, 2011

"Saya kapten pasukan, kenapa perlu saya tinggalkan Manchester United?"

Nemanja Vidic
     Setahun yang lalu, pelbagai spekulasi dari media-media menyatakan hasrat Nemanja Vidic mahu berpindah dari Old Trafford dan ia seolah-olah hakikat yang tidak dapat dielakkan. Walaupun beliau sendiri menyatakan mahu menghabiskan tempoh kontraknya bersama United namun berlainan pula kenyataan daripada agennya.

     Namun secara tidak di sangka Vidic, 29, menandatangani kontrak perjanjian baru empat tahun dan dinamakan kapten kelab awal musim lalu.

    Terbaru agennya Silvano Martina menolak spekulasi perpindahan Vidic dari Old Trafford dengan Juventus dilaporkan berminat mendapatkan khidmat pemain pertahanan Serbia itu.


     Bercakap dengan Radio Sportiva di Itali: 'Beliau adalah pemain yang semua orang mahukan. Saya berbincang dengannya tentang kebarangkalian perpindahan dan beliau memberi jawapan tegas,'Saya kapten Manchester United, miliki segalanya, memenangi hampir setiap kejuaraan...Kenapa perlu saya ke Itali sekarang, apabila bolasepak Itali sedang melalui tempoh sukar?'

     'Jawapan ini jelas menghapuskan sebarang keraguan masa depan Vidic di Old Trafford - beliau akan kekal di mana beliau berada sekarang.'

     Vidic menyertai United pada Januari 2006 dari Spartak Moscow dan adalah pemain penting dalam pasukan United, telah memenangi antaranya empat gelaran liga dan Champions League.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...