Monday, June 13, 2011

Manchester United yakin melengkapkan perpindahan Phil Jones walaupun Liverpool membuat bidaan di saat akhir.

Phil Jones
     Manchester United yakin dapat menandatangani perjanjian perpindahan Phil Jones dengan £16.5 juta walaupun terdapat usaha dari Liverpool membuat bidaan saat akhir. United yakin dapat melengkapkan butiran perjanjian dengan Blackburn, yang mana beliau sekarang berada di Denmark dalam kejohanan Eropah bawah 21 tahun.

     Jones yang telah selesai melakukan pemeriksaan kesihatan dengan United dan bersetuju dengan syarat serta terma di Old Trafford pada Rabu lalu, namun terdapat salah faham dari pemilik Blackburn dari India yang mengharapkan yuran perpindahan yang lebih tinggi hingga £25 juta.

     Awal Sabtu lalu , perpindahan Jones tampak berdepan dengan perebutan yang dramatik apabila Liverpool menawarkan bidaan baru yang dipercayai hampir £22 juta. Jones difahamkan mempunyai klausa sebanyak £16 juta dalam kontraknya untuk mana-mana pihak mendapatkan khidmatnya.

     Agen Jones mengesahkan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua pihak dan bakal diumumkan nanti, kerana klausa yang terdapat dalam kontrak Jones tidak dapat dipertikaikan oleh pemilik Blackburn sendiri. Agennya juga mengesahkan yang Jones telah menemui wakil daripada empat kelab yang menawarkan jumlah bayaran yuran perpindahan melebihi klausa £16 juta.

     Tetapi Jones telah memberitahu pihak pengurusan Blackburn yang beliau mahu menyertai United berbanding Liverpool, dan kelab Old Trafford itu yakin dapat melengkapkan proses perpindahan secepat mungkin. United terlebih dahulu sebelum ini berjaya menewaskan Liverpool dalam perebutan pemain sayap Aston Villa Ashley Young.

     Jones dijangka berganding dengan pemain muda United Chris Smalling di bahagian pertahanan tengah pada kejohanan Eropah bawah 21 tahun. Stuart Pearce jurulatih England bawah 21 yang percaya Jones akan menjadi kapten pasukan senior England satu hari nanti berkata perpindahan Jones ke United tidak dapat diragukan lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...