Tuesday, June 14, 2011

Terkini - United melengkapkan perpindahan Phil Jones dari Blackburn.

Phil Jones
     Phil Jones telah melengkapkan perpindahan berjumlah £16.5 juta dari Blackburn ke Manchester United selepas bersetuju dengan kontrak lima tahun. Pemilik Blackburn dari India mahukan yuran perpindahan yang lebih besar dengan ditambah bidaan saat akhir Liverpool berjumlah £22 juta.

     Namun Jones yang sedang beraksi di Denmark untuk kejohanan Eropah bawah 21 tahun memberitahu pengurusan Blackburn bahawa beliau tidak mahu menyertai mana-mana kelab selain Manchester United.


     Dalam kenyataan rasmi United menyebut: 'Manchester United dengan bangganya dan berbesar hati  mengumumkan bahawa kelab telah menandatangani perjanjian dengan Blackburn Rovers untuk Phil Jones.

     'Pemain tersebut telah lulus pemeriksaan kesihatan di Manchester minggu lalu dan bersetuju dengan kontrak lima tahun.

     'Perjanjian akan dilengkapkan sepenuhnya selepas pemain kembali dari tugasan antarabangsa.'

     Pengurus Blacburn Rovers Steve Kean berkata: 'Kami telah membuat tawaran besar untuk pemain berusia 19 tahun itu tetapi ini bukan berkaitan dengan wang semata-mata. Phil mahukan aksi Champions League dan kami belum berada pada tahap itu.'

     Phil Jones juga menyatakan kegembiraannya mengenai perpindahan ke Manchester United melalui Twitternya. Selepas menolak tawaran Liverpool, Arsenal dan Spurs, Jones mengakui apa yang beliau bakal hadapi bermain di Old Trafford.

     ' Saya mahu mulakan dengan menyatakan pengalaman bermain dengan Blackburn sangat berharga bagi saya dan akan kekal sebagai peminat. Tetapi ini adalah peluang sekali seumur hidup dan saya tidak sabar untuk menghadapi cabaran baru. Terima kasih untuk semua.'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...