Tuesday, June 14, 2011

Darron Gibson setuju dengan perpindahan £5 juta ke Sunderland.

Darron Gibson

     Menurut laporan Darron Gibson telah bersetuju untuk berhijrah ke Sunderland selepas Manchester United menerima tawaran mereka minggu lepas. Wes Brown dan John O'Shea juga sebahagian daripada tawaran tersebut, begitupun difahamkan Wes Brown lebih berminat untuk menyertai Everton.

     Gibson berharap dapat menjadi sebahagian daripada kesebelasan utama United musim lalu tetapi malangnya beliau gagal mempamer pemain mantap dan impresi terbaik kepada Ferguson khususnya apabila diberikan peluang. United dalam pencarian pemain midfield bertaraf dunia, untuk memperkuatkan barisan midfield yang sedia ada, dan jelas Gibson menerima hakikat tersebut dan percaya peluang untuk beliau beraksi musim depan terlalu terhad.




     Pemain antarabangsa Ireland ini yang berusia 24 tahun sedar yang beliau perlu beraksi dalam kesebelasan utama. Beliau akan menyertai bekas pemain-pemain United seperti Frazier Campbell, Phil Bardsley dan Kieran Richardson yang sebelumnya juga gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama United.

     Penghijrahan Jordan Henderson ke Liverpool memastikan ruang untuk Gibson di Sunderland dan pastinya mahu membuktikan potensi sebenar beliau, yang telah menjaringkan gol menentang Bayern Munich dan dalam separuh akhir Champions League.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...