Tuesday, June 14, 2011

Blast from the Past - penjaga gol Manchester United antara Peter Schmeichel dan Edwin van der Sar.

     Apabila Peter Schmeichel meninggalkan United pada 1999 selepas perlawanan akhir Champions League, Alex Ferguson menghadapi kesukaran untuk mencari penjaga gol yang baru. Malahan United terpaksa menanti hingga calon ke sebelas iaitu Edwin Van der Sar yang tiba di Old Trafford pada 2005. Dengan penjaga gol muda dari Sepanyol David de Gea bakal diumumkan secara rasmi sebagai penjaga gol yang baru awal bulan depan, para penyokong sangat menharapkan apa yang berlaku sebelum ini tidak berulang. Kita lihat senarai penjaga gol yang dimaksudkan.


1. Mark Bosnich.




     Pemain yang berasal dari Australia ini tiba di Old Trafford dari Aston Villa pada tahun 1999. Dengan berat badan yang berlebihan beliau hanya membuat 35 penampilan dengan United sebelum menyertai Chelsea pada tahun 2001.






2. Raimond Van der Gouw.



  
      Berasal dari Belanda, menyertai United dari kelab Vitesse pada 1996. Beliau membuat 60 penampilan dan sebagai penjaga gol kedua yang boleh diharapkan. Tidak berjaya mendapatkan posisi penjaga gol utama walaupun selepas permergian Schmeichel.






3. Nick Culkin.


     Pemain berasal dari England ini hanya mampu membuat satu penampilan sepanjang lima tahun di Old Trafford.






4. Massimo Taibi.


     Mungkin antara senarai pemain yang paling buruk prestasinya sepanjang bermain di Old Trafford. Pemain Itali ini digelar 'The Blind Venetian' oleh media apabila melakukan kesilapan yang tidak dapat dilupakan di Old Trafford. Hanya empat perlawanan bersama United.




5. Paul Rachubka.


   
     Pemain Amerika ini memulakan karier di Old Trafford di mana beliau hanya membuat satu penampilan sebelum dipinjamkan ke Royal Antwerp di Belgium.





6. Fabian Barthez.



     Pemenang Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 bersama Perancis menyertai United dari Monaco pada tahun 2000 dan membuat 139 penampilan sebelum kembali semula ke negara asalnya.








7. Andy Goram.


     Bekas pemain antarabangsa Scotland yang menyertai United secara pinjaman pada tahun 2001 hanya sempat membuat dua penampilan.





8. Roy Caroll.



     Penjaga gawang dari Ireland Utara ini bermain 72 kali antara 2001 hingga 2005. Terkenal dengan gol kontroversi pemain Spurs Pedro Mendes yang tidak dikira walaupun telah melepasi garisan gol.








9. Ricardo Lopez.


     Penjaga gol yang berasal dari Sepanyol ini menyelamatkan sepakan penalti pada perlawanan pertamanya namun hanya bermain untuk empat perlawanan lagi sebelum kembali ke tanahairnya.





10. Tim Howard.


     Seorang lagi pemain dari Amerika yang tampil menyarung jersi United sebanyak 77 kali antara tahun 2003 hingga 2006. Akhirnya beliau digantikan oleh Van der Sar dan sekarang bersama Everton.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...