Saturday, June 4, 2011

Top 5 - Pemain yang dibeli Ferguson tetapi gagal menyerlah.

     Nama-nama seperti Diego Forlan, Juan Sebastian Veron, Karel Poborsky, Jordi Cruyff dan banyak lagi adalah antara pemain-pemain yang pernah menyarung jersi United namun tidak dapat bertahan lama. Berikut adalah Top 5 paling gagal menyerlah.


1. Massimo Taibi


Massimo Taibi

     Selepas Schmeichel meninggalkan United tahun 1999, Alex Ferguson tidak bernasib baik dalam usaha mendapatkan penjaga gol berkualiti. United membayar £4.4 juta kepada kelab Itali Venezia untuk mendapatkan khidmat Massimo Taibi. Beliau memulakan karier di United dengan baik apabila mempamerkan prestasi man of the match dalam perlawanan pertama mengalahkan Liverpool. Namun malangnya tiga perlawanan seterusnya termasuk membenarkan bola rembatan lemah pemain Southampton Matt Le Tissier melepasi kakinya lalu menerjah gawang dan sewaktu dibelasah Chelsea dengan 5-0 di Stamford Bridge, karier Taibi di Old Trafford berakhir. Dengan £4.4 juta untuk empat perlawanan (£1.1 juta untuk satu perlawanan) tiada siapa dapat mempertikaikan kedudukan beliau di tempat pertama.

2. Eric Djemba-Djemba


Eric Djemba-Djemba

     Mencari pengganti Roy Keane bukan mudah dan semestinya tiada jalan pintas. Ferguson merasakan pemain midfield Nantes mungkin calon terbaik dan £3.5 juta dilabur untuk mendapatkan pemain Cameroon itu. Sukar membayangkan perasaan beliau untuk 20 penampilan bersama United. Buat penyokong mungkin beliau adalah pemain paling gagal menyerlah di Old Trafford. Ironinya ungkapan yang popular di kalangan penyokong adalah 'beliau terlalu hebat hingga namanya ditulis dua kali'. Beliau kemudian dijual kepada Aston Villa namun tidak banyak berubah sebelum berhijrah ke kelab Denmark BK Odense.


3. Kleberson


Kleberson bersama Ferguson dan Ronaldo

     Memenangi Piala Dunia 2002 bersama Brazil, Kleberson datang ke United membawa harapan besar kepada para penyokong. Ferguson mendapatkan khidmatnya dengan kos perpindahan £6.5 juta dari kelab Brazil Atletico Paranaense. Semasa dua tahun tempoh bersama United beliau membuat 20 penampilan, menjaringkan dua gol dan penyokong mungkin mengingati Kleberson sebagai pemain yang tidak menyumbang apa-apa kepada pasukan.Tidak mengejutkan dan sememangnya dijangka apabila beliau berhijrah ke Turki dengan menyertai Besiktas pada 2005. Terkini beliau kembali ke Brazil bermain bersama Flamingo. Nasibnya jelas berbeza dengan Ronaldo pada 2003 semasa diperkenalkan kepada media oleh Ferguson, seorang menjadi pemain bertaraf dunia dan seorang lagi masih dalam dunianya sendiri, anda tahu siapa..

4. David Bellion


David Bellion

     Majoriti media bolasepak Britain keluar dengan tajuk 'United berjaya mendapatkan Thierry Henry yang baru!' selepas Ferguson mendapatkan khidmat beliau dari Sunderland. Walaubagaimanapun pengurusan Sunderland tidak berpuas hati dengan cara United membuat perbincangan terus dengan pemain tanpa keizinan kelab terlebih dahulu. Dengan empat gol dari 24 perlawanan dan pampasan sebanyak £2 juta, beliau pulang ke negara asalnya Perancis untuk bermain dengan kelab Nice. Mungkin episod ini sedikit sebanyak membuatkan Sunderland lebih gembira akhirnya.

5. Liam Miller


Liam Miller



     Apabila lagenda United Roy Keane semakin hampir ke penghujung kariernya, Ferguson perlu mencari pengganti segera. Siapa lagi calon terbaik selain pemain midfield muda Ireland ini. Lebih ironinya beliau juga dilahirkan di Cork, Ireland yang secara kebetulan sama dengan Keane. Bebanan dilabel sebagai Roy Keane yang baru terlalu besar dan tekanan tinggi kepada Miller. Akhirnya beliau dipinjamkan ke Leeds United sebelum Keane sendiri mendapatkan khidmatnya ketika menjadi pengurus Sunderland.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...