Sunday, June 5, 2011

Rooney akui menjalani rawatan mengatasi masalah botak.

Wayne Rooney

     Penyerang Manchester United Wayne Rooney mengakui menjalani rawatan untuk mengalami masalah botak yang dihadapinya. Beliau mengesahkan dalam twitternya: 'Saya semakin botak pada usia 25 tahun. Kenapa tidak. Saya gembira dengan keputusannya'. 

     Isterinya Coleen, turut menambah: 'Wayne membuat rawatan rambut. Sepenuhnya adalah keputusan beliau dan bukan cadangan daripada saya sebagaimana diperkatakan orang lain. Turut gembira dan pastinya kelihatan lebih baik.' 

Sementara itu rakan sepasukan United Rio Ferdinand melalui Twitternya berjenaka: 'Harap jangan terlalu panjang hingga perlu diikat. Awak akan ditawarkan iklan syampu sedikit masa nanti. Selamat berjaya.'

     Rooney dilihat meninggalkan Pusat Perubatan Queen Anne di tengah kota London Khamis lalu dengan memakai topi baseball dan dilitupi hud bajunya, dalam usaha melindungi kesan bintik darah yang mungkin kelihatan pada peringkat awal rawatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...