Monday, June 6, 2011

Gosip - Manchester United perlu membayar lebih £20 juta untuk Luka Modric.

Luka Modric ketika beraksi menentang United

     Pengurus United Alex Ferguson telah diberitahu bahawa beliau perlu menyediakan yuran perpindahan melebihi £20 juta jika berminat untuk mendapatkan khidmat Luka Modric dari Tottenham.

     Ferguson yang selama ini berminat untuk mendapatkan pemain midfield dari Croatia itu, dan melihat Modric sebagai pengganti Paul Scholes yang telah bersara.


     Spurs pada awalnya tidak mahu melepaskan Modric namun sumber atasan dari White Hart Lane membayangkan perpindahan Modric hampir pasti tidak dapat dielakkan.

     Sumber itu menyebut: 'Alex Ferguson telah memberitahu Harry yang beliau mengagumi Modric dan mahukan khidmat pemain itu.'

     'Walaupun Harry mahu Modric kekal bersama Spurs tetapi beliau menyedari tiada sebab untuk menolak tawaran United. Jadi Harry sekarang sedang cuba mendapatkan Joe Cole untuk menggantikan tempat Modric.'

     Modric sendiri menyatakan beliau ingin terus bermain dalam Champions League, dengan Spurs hanya layak bermain dalam Europa League musim depan, United mampu memberikan pentas terbaik bolasepak Eropah kepada Modric.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...