Wednesday, June 15, 2011

Eksklusif - Manchester United bakal mendapatkan Alexis Sanchez dengan £27 juta.

Alexis Sanchez
     Manchester United tampak berada di depan untuk menandatangani bintang Chile Alexis Sanchez apabila Davil Gill berada di Sepanyol untuk melengkapkan perjanjian. Ketua eksekutif United itu berharap dapat menyelesaikan urusan perpindahan pemain buruan ramai itu yang dianggar £27 juta dalam masa terdekat.

     Sekiranya Gill berjaya - mematahkan usaha Manchester City, Barcelona dan gergasi Eropah yang lain - ini akan menjadikan perbelanjaan Ferguson pada musim panas ini kepada £82 juta.

     Gill bertemu presiden Udinese Gino Pozzo - yang menetap di Barcelona - untuk berbincang lanjut mengenai perpindahan.

     Ini sudah pasti menjadi tamparan hebat kepada Manchester City yang percaya dengan kuasa kewangan yang ada pada mereka mampu untuk membawa pemain 22 tahun itu ke Eastland. Agen Sanchez memberitahu: 'Perjanjian dengan City? Masa depan Sanchez masih terbuka luas. Kami sedang berusaha ke arah itu, selepas bertemu wakil City kami ada beberapa lagi pertemuan dengan pihak lain.'

     United juara liga 19 kali yakin bakal mendapat pemain muda berbakat itu walaupun nilai £27 juta melebihi £4 juta daripada nilai awal yang ditawarkan mereka. Namun tawaran tersebut perlu dinaikkan untuk mengenepikan cabaran City dan Barcelona.

     Ferguson sebelum ini telah berjaya mendapatkan khidmat tiga pemain baru Ashley Young, Phil Jones dan David de Gea yang berjumlah £55 juta. Sumber dari City menegaskan mereka masih memburu tandatangan Sanchez, yang beraksi cemerlang pada Piala Dunia 2010 lalu. Namun faktor terpenting memihak kepada United dengan Sanchez memilih untuk beraksi di Old Trafford berbanding di Eastland.

10 perkara yang anda perlu tahu mengenai Alexis Sanchez.

1. Dilahirkan pada 19 Disember 1988, diberi gelaran El Nino Maravilla atau The Wonder Boy dan baru-baru ini mendapat pujian yang sama dari bekas pemain AC Milan dan Itali Arrigo Sacchi.

2. Lebih banyak beraksi di posisi sayap kanan, Sanchez juga boleh bermain di bahagian tengah dan kiri. Dengan kelajuan, kawalan dan penyudah yang terbaik, beliau selalu dibandingkan dengan kelibat Cristiano Ronaldo walaupun memiliki fizikal yang lebih kecil 5'6".

3. Sanchez dibesarkan dari keluarga sederhana di bandar pelabuhan Utara Tocopila. Bapa kandungnya meninggalkan ibunya Martina ketika beliau masih kecil dan ibunya terpaksa membuat dua kerja untuk sara hidup - menjual suratkhabar dan makanan laut. Akhirnya Sanchez telah diambil oleh bapa saudaranya Joseph Delaigue yang meninggal akibat kanser Mei 2011.

4. Ketika berumur 12 tahun disebabkan kemiskinan Sanchez terpaksa meminjam kasut dari rakan ketika kejohanan bawah 14 tahun di Tocopila. Beliau menjaringkan lapan gol dalam satu perlawanan yang kemudiannya menerima hadiah kasut bola dari Datuk Bandar Tocopila. Kemudian beliau menyertai akademi pemain muda kelab Cobreloa pada usia 15 tahun.

5. Sanchez membuat penampilan senior pertama dengan Cobreloa pada 12 Ferbruari 2005 dan 17 bulan kemudian berhijrah ke Udinese dengan kos £3 juta. Walaubagaimanapun beliau dipinjamkan ke kelab Chile Colo Colo pada musim 2006/07 dan kemudian ke River Plate di Argentina pada 2007/08.

6. Chile tidak layak untuk Piala Dunia 2006 tetapi pada musim panas berikutnya Sanchez bersama skuad bawah 20 Chile beraksi dalam kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun di Canada.

7. Lagenda bolasepak Chile Ivan Zamorano berkata: 'Senjata utama Alexis adalah kepantasan dan kelajuannya, saya yakin masih banyak lagi potensi dalam diri beliau. Mungkin beliau akan lebih baik dari Marcelo Salas satu hari nanti.'

8. Sanchez mungkin kecil daripada segi fizikal namum memiliki kekuatan tersendiri. Dua tahun sebelum ini beliau berjaya kembali dari dua kecederaan ligamen dan kaki. Terburuk adalah pada Mac 2007 dengan kecederaan jari kaki yang pada awalnya dijangka bakal memusnahkan kariernya - lapan hari kemudian beliau kembali dengan jaringan hatrik menentang Caracas.

9. Majoriti pengurus bolasepak pastinya kagum apabila melihat Sanchez beraksi. Pada 2008 beliau lebih menonjol dengan mempamerkan aksi -aksi mantap dan bakal menjadi pemain bintang suatu hari nanti.

10. Sanchez hampir tiada tandingan musim lalu, dengan Udinese layak ke Champions League, menjaringkan empat gol ketika Udinese menewaskan Palermo 7-0.


   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...