Wednesday, June 15, 2011

Top 5 - Perpindahan pemain bolasepak paling mahal di dunia.

     Dengan perpindahan musim panas secara rasminya akan bermula pada 1 Julai nanti hingga 31 Ogos, kebanyakkan kelab-kelab terkemuka dunia masing-masing sibuk menjalankan 'urusniaga'. Yuran perpindahan adalah subjektif bergantung kepada reputasi pemain dan juga bilangan kelab-kelab lain yang berminat. Kelab dengan sumber kewangan terbesar Manchester City sebagaimana musim-musim sebelum ini sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam pasaran kali ini. Berikut disenaraikan Top 5 pemain termahal dunia sehingga musim perpindahan Januari 2011 lalu.


1. Cristiano Ronaldo - Manchester United ke Real Madrid, £80 juta.


     Selepas dua tahun yang penuh dengan spekulasi mengaitkan perpindahan ke Real Madrid, akhirnya The Los Merengues mengumumkan pada 26 Jun 2009 bahawa mereka telah bersetuju untuk menandatangani Ronaldo dari Manchester United untuk rekod perpindahan dunia £80 juta. Setelah enam musim di Old Trafford Ronaldo membuat keputusan untuk menyertai kelab idamannya sejak kecil dan merasakan beliau telah memenangi segalanya di United.




2. Zlatan Ibrahimovic - FC Internazionale Milan ke FC Barcelona £60.7 juta.

     Selepas musim panas yang penuh dengan spekulasi, Barcelona akhirnya mengesahkan bersetuju menandatangani perjanjian dengan Ibrahimovic berserta pertukaran pemain Samuel Eto'o dan yuran, jumlah keseluruhan perpindahan dianggar £60.7 juta. Namun selepas menyaksikan hubungan dengan jurulatih Josep Guardiola semakin dingin beliau meninggalkan Barca untuk ke San Siro sekali lagi tetapi kali ini dengan AC Milan.

3. Kaka - AC Milan ke Real Madrid £56 juta.

     Gosip perpindahan pemain ini berlangsung lebih lama sebelum mencapai persetujuan malah Kaka hampir menyertai Manchester City dengan yuran £100 juta tetapi beliau sendiri yang menolak tawaran tersebut. Walaubagaimanapun Real Madrid mengumumkan pada 8 Jun 2009 yang mereka telah mencapai persetujuan untuk membeli Kaka dari AC Milan dengan £56 juta.



4. Fernando Torres - Liverpool ke Chelsea £50 juta.

     Merupakan salah satu perpindahan yang penuh dramatik di saat akhir, Chelsea akhirnya berjaya mendapatkan pemain yang telah lama mereka idamkan. Tiba di Anfield dari Athletico Madrid pada 2007 dan dengan prestasi Liverpool yang menurun beliau mengambil keputusan untuk berpindah. Walaupun tawaran awal ditolak namun apabila Chelsea kembali dengan tawaran £50 juta Liverpool akhirnya mencapai persetujuan.



5. Zinedine Zidane - Juventus ke Real Madrid £45.6 juta.

     Selepas menempa status bintang di Turin, Zidane menandatangani perjanjian perpindahan dengan Real Madrid pada 2001 dengan rekod perpindahan pada masa itu. Walaupun rekod tersebut telah dipecahkan beberapa kali dan kini dipegang oleh Cristiano Ronaldo, namun ramai beranggapan perpindahan Zidane paling berharga kerana beliau lebih hebat berbanding pemain-pemain yang mengatasi rekodnya.

1 comment:

  1. x terkejar rekod CR7 tu..
    entah siapalah agaknya yg bakal pecah rekod dia nnt..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...