Wednesday, June 15, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 1.

     Kita imbas kembali ke tahun 1892 di mana United masih dikenali dengan nama Newton Heath.


1892 - Newton Heath Home Shirt.

     Jersi asal Newton Heath pada awal 1890an telah direka dan dipakai semula pada 1993 untuk menyambut kegemilangan sejarah kelab yang bermula dari bawah. Newton Heath juga menggunakan pasangan baju putih /seluar hitam dan juga baju merah / seluar putih.




     1902 - Manchester United Home Shirt.

     Baju yang dilengkapi dengan butang ini digunakan Newton Heath sehingga tahun 1920an. Antara pemain hebat yang menyarung jersi ini termasuk Billy Meredith, Sandy Turnbull dan Charlie Roberts.




1903 - Manchester United Away Shirt.

     United mengenakan jersi belang biru putih ini antara tahun 1903 dan 1916. Pada perlawanan Piala FA tahun 1903 di Everton, United bertukar dari jersi tradisi merah ke jersi belang biru putih ini pada separuh masa akibat gangguan cuaca namun tewas 3-1. Ironinya selepas 93 tahun iaitu pada 1996 dengan rekabentuk yang sama United tewas ditangan Southampton 3-1 walaupun menukar jersi pada separuh masa.


1909 - Manchester United FA Cup Final Shirt.

     United pertama kali layak ke perlawanan akhir Piala FA pada 1909 bertemu Bristol City. Kedua-dua pasukan bersetuju menukar jersi merah kebiasaan dengan United memakai jersi dengan bentuk V berwarna merah sempena mawar merah Lancashire. Syarikat yang menghasilkan jersi ini dimiliki oleh pemain sayap Billy Meredith. United menang 1-0 dalam perlawanan itu.


1920 - Manchester United Home Shirt (Edwardian times).

     Jersi yang sinonim dengan Sunderland ini diperkenalkan pada pasca pemerintahan King Edward VII. Mungkin penyokong akan keliru jika ia masih kekal.





 1920 - Manchester United Home Shirt.

      Jersi dengan bentuk V merah muncul semula pada 1920an. Sebelumnya direka khas untuk perlawanan akhir Piala FA.




*sumber prideofmanchester.com

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...