Thursday, June 16, 2011

David de Gea - Bukan harga yang membimbangkan saya, tetapi untuk menjadi pengganti Van der Sar.

David de Gea ketika latihan dengan skuad bawah 21 Sepanyol


     David de Gea mengakui cabaran menggantikan tempat Van de Sar di Manchester United lebih besar daripada menjadi penjaga gol termahal dalam sejarah Liga Perdana. De Gea beraksi hebat ketika Sepanyol menewaskan Czech Republic 2-0 Rabu lalu dan perpindahan dengan anggaran £17.5 juta ke Manchester United dari Atletico Madrid akan diumumkan sebaik kejohanan Eropah bawah 21 tamat. Perpindahan itu akan meletakkan de Gea, 20, kedua dalam senarai penjaga gol termahal di belakang Gianluigi Buffon dari Juventus, tetapi beliau tidak terasa tekanan mengenai perkara itu.

     Beliau berkata: 'Saya tidak berminat dengan nombor, klausa dan harga. Nilai sebenar adalah apa yang anda tunjukkan di atas padang, bukan apa yang anda ucapkan. Wang adalah perkara kedua walaupun menjadi pemain termahal bukanlah perkara yang saya inginkan, apa yang penting bagi saya ialah nilai yang ada pada saya ketika beraksi di padang.'

     De Gea lebih bimbangkan tugas berat menanti beliau di Old Trafford untuk menggantikan Van der Sar yang bersara hujung musim lalu.

     Beliau menambah: 'Pasukan terbaik seperti United menganggap anda sebagai pengganti pemain hebat seperti Van der Sar adalah bagus, tetapi saya perlu terus bekerja keras kerana saya masih di permulaan karier, dan untuk sampai ke tahap itu ia memerlukan banyak usaha dan kesungguhan.

     'Adalah menjadi harapan agar saya masih boleh bermain pada tahap tertinggi walaupun pada usia beliau. Anda memerlukan kekuatan, nasib dan sentiasa menjaga kesihatan fizikal juga mental, kerana bolasepak mengerah setiap keringat anda.'

    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...