Thursday, June 16, 2011

Michael Owen mahu berundur dari bolasepak ketika berada di puncak.


Michael Owen
      Michael Owen mengakui tiada rancangan untuk bersara dalam masa terdekat sambil menegaskan pentingnya untuk beliau berundur dari arena bolasepak ketika berada di puncak kejayaan. Penyerang berpengalaman berusia 31 tahun itu baru-baru ini menandatangani perjanjian baru untuk kekal di Old Trafford setahun lagi.

     Beliau terpaksa menerima hakikat peranan beliau dalam skuad United mungkin terhad dengan Alex Ferguson akan membina skuad baru yang bakal dibarisi pemain bertaraf dunia.

    
     Owen walaubagaimanapun merasakan beliau masih boleh memainkan peranan penting di Old Trafford dan yakin boleh memberikan cabaran untuk beraksi di tahap tertinggi. Beliau mengakui sekiranya satu hari nanti perasaan dan keyakinan itu kian pudar maka itulah masa yang sesuai untuk beliau menutup tirai karier bolasepaknya.

     Beliau berkata: 'Saya ingin mengundurkan diri apabila saya masih dalam keadaan baik berada di kemuncak prestasi. Saya suka bolasepak dan suka setiap saat ketika bermain bolasepak, tetapi saya bukanlah pemain yang jatuh ke tahap lebih bawah.

     'Pengurus (Ferguson) merasakan saya masih boleh memberi peranan dalam pasukan tetapi apa yang penting saya rasa saya masih mampu menyumbang kepada pasukan.

     'Beliau bercakap dengan saya beberapa minggu sebelum musim berakhir. Keutamaan diberi kepada Liga Perdana dan Champions League sebelum apa-apa pengumuman dibuat.

     'Memang berita yang baik apabila pengurus mahu saya kekal di sini. Ia menyuntik keyakinan saya kerana ramai pemain hebat di Manchester United dan satu penghormatan apabila diberikan peluang untuk menyumbang kepada pasukan.'

     Owen membantu United merangkul gelaran liga dan layak ke perlawanan akhir Champions League musim lalu memberitahu beliau tiada sebarang keraguan untuk menyambung khidmatnya di Old Trafford.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...