Thursday, June 16, 2011

Patrice Evra - Saya sayang kelab ini.

Patrice Evra dan Alex Ferguson.
     Patrice Evra menandatangani perjanjian baru dengan Manchester United selepas menerima beberapa tawaran lain daripada kelab-kelab ternama Eropah.

     Beliau mendedahkan bahawa perasaan beliau terhadap kelab yang membuatkan beliau mahu kekal di Old Trafford.

     Evra berhijrah dari kelab Perancis Monaco ke Old Trafford pada 10 Januari 2006 dan membuat penampilan pertama empat hari kemudian ketika menentang Manchester City di Eastland.

     'Ia keputusan yang penting buat saya. Saya sayang kelab ini, semua orang tahu,' Evra memberitahu web rasmi United. 'Saya mengadakan perbincangan dengan Sir Alex dan keluarga saya. Saya mengambil keputusan untuk mengikut gerak hati dan gerak hati saya berkata saya mahu kekal.'

     Pemain-pemain di United semuanya adalah pemenang, jadi tidak menghairankan apabila mereka teruja dan tidak sabar untuk menyahut cabaran seterusnya. Mengimbas detik sebelum menjulang trofi Champions League di Moscow pada 2008, Ryan Giggs memberitahu semua pemain lain supaya mengekalkan fokus untuk layak ke perlawanan akhir musim depan. Evra menjelaskan beliau menanti cabaran trofi seterusnya selepas memenangi gelaran liga ke 19.

     'Saya sudah memikirkan untuk musim depan dan berazam menjadi juara liga sekali lagi. Ada pihak berkata kepada saya: 'Pat kamu seperti robot - kamu perlu beri lebih ruang untuk menikmati setiap detik. Kadangkala saya rasa saya tidak menikmati setiap detik, tetapi saya sukakannya, saya menyahut cabaran akan datang dan menikmatinya setelah saya mengakhirinya.'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...